Kampus & Pendidikan 06 Dec, 2021

Tahniah UniSZA! Universiti awam pertama meterai MoU! Kursus Kor Kadet Mahasiswa Sukarelawan SPRM!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Azam Baki bergambar kenangan bersama pengurusan UniSZA dan anggota SPRM. - Kredit foto: UniSZA


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar sejarah apabila menjadi Universiti Awam (UA) pertama di Malaysia menawarkan Kursus Kor Kadet Mahasiswa Sukarelawan Antirasuah SPRM (Kor SUAR) kepada mahasiswanya.

Penubuhan Kor SUAR tersebut merupakan salah satu bidang kerjasama dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai UniSZA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UniSZA 


sp

Azam Baki memakai pangkat kepada Prof Dr Fazli Adam dalam majlis yang diadakan di Dewan Perdana UniSZA, baru-baru ini.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, cadangan  menawarkan Kursus Berkredit Kadet SPRM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan idea berani yang dikemukakan oleh pihak UniSZA kepada SPRM. 

Majlis Penganugerahan Kehormat dan Surat Pelantikan serta MoU antara UniSZA dan SPRM telah diadakan di Dewan Perdana pada 4 Disember 2021 lalu.

MoU telah ditandatangani Naib Canselor UniSZA Prof. Dr. Fadzli Adam dan Pendaftar, Ismail Musa bagi mewakili UniSZA manakala SPRM diwakili oleh Azam Baki dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Datuk Razim Mohd Noor.


Anggota SPRM mengiringi Azam Baki masuk ke Dewan UniSZA


Pada majlis tersebut, turut berlangsung upacara penganugerahan Pemakaian Pangkat Kehormat dan penyerahan Watikah Pelantikan yang merupakan julung-julung kali diberikan kepada ahli akademik pada peringkat universiti.

Selain itu, turut diadakan pemakaian epaulette kepada Kor Kadet Mahasiswa Sukarelawan Antirasuah SPRM ambilan pertama UniSZA. - KitaReporters


Azam Baki (kiri) menyerahkan nota MoU kepada  Prof Dr Fazli Adam

8
9
2
14
0
You will be interested