Menara Gading 23 Mar, 2022

Tahniah graduan MMU! 13 penerima Anugerah Permata konvokesyen ke-22! Anugerah Canselor, Presiden!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


Oleh: SAHBULAH MOHAMAD DARWI


Universiti Multimedia (MMU) mengumumkan 13 penerima Anugerah Permata termasuk Anugerah Presiden dan Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-22.

Para penerima anugerah berkenaan merupakan sebahagian daripada 3,584 pelajar yang bergraduat pada tahun 2021, menerima skrol pada majlis selama tiga hari mulai 19 Mac dan berakhir pada 20 Mac 2022 lalu di kampus MMU Cyberjaya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Universiti Multimedia (MMU)

Tun Zaki Tun Azmi (dua dari kiri) dan Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud (kiri) beramah mesra dengan para penerima anugerah, Teo Yar Lee (tengah), Lim Zhou Yi  serta Muhammad Anwar Abd. Saamad (kanan) pada Majlis Konvokesyen Ke-22 di MMU, kampus Cyberjaya pada 19 Mac 2022.


Pada hari pertama sesi konvokesyen itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Teo Yar Lee, diumumkan sebagai penerima anugerah tertinggi universiti, iaitu Anugerah Canselor, manakala Muhammad Anwar Abd. Samaad, graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan, dan Lim Zhou Yi, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, diumumkan sebagai penerima Anugerah Presiden

Muhammad Anwar Abd. Saamad berkata, anugerah yang diterima itu memberikan inspirasi kepadanya untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan terutamanya dalam menggapai cita-cita untuk memegang jawatan Pegawai Eksekutif Pelaburan selain menyumbang kepada negara dari segi ekonomi dan kesejahteraan masyarakat pada masa depan.

“Resipi kejayaan saya ialah tidak sesekali takut kepada kegagalan. Fokus saya ialah sentiasa cuba melakukan dengan cara terbaik dan bukannya fokus kepada hasil semata-mata. Kegagalan ialah guru terbaik dan saya selalu melihatnya sebagai suatu peluang untuk memperbaik diri,” katanya.


Muhammad Anwar Abd Samaad


Teo Yar Lee


Sementara itu, Teo Yar Lee melahirkan rasa teruja dengan penganugerahan itu yang disifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap kerja kerasnya dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum semasa berada di universiti. 

“Ini adalah antara peristiwa terindah yang pernah saya alami. Saya mendedikasikan kejayaan ini kepada ahli keluarga, pensyarah dan sahabat handai. Tanpa mereka, saya tidak mampu berada pada tahap ini,” tambahnya.

Bergraduat dengan CGPA 3.99, Teo yang berasal dari Klang berkata, susah payahnya dalam mengharungi rintangan menamatkan pengajian kini terbalas dengan anugerah tersebut. 

Antara kerja kerasnya termasuklah menyiapkan projek tahun akhir yang berpotensi untuk dikomersialkan dan juga peranan aktifnya sebagai Presiden kepada Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) Women in Engineering Cawangan MMU.


Lim Zhou Yi


Dalam pada itu, Lim Zhou Yi melahirkan rasa bersyukur atas Anugerah Presiden, yang mengiktiraf pengorbanannya dalam menimba ilmu dengan bimbingan ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan. Beliau berharap kejayaan berkenaan dapat dicontohi oleh para pelajar lain untuk turut mencapai kejayaan lebih cemerlang. 

“Nasihat saya kepada para pelajar ialah kekal rajin berusaha, belajar bersungguh-sungguh dan anda boleh mencapai segala yang dihasratkan. Kegagalan pula akan membantu anda menjadi lebih kuat untuk bangkit,” katanya.



Mengulas kejayaan para graduan, Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, meraikan kejayaan para graduan dalam konvokesyen ini menunjukkan bahawa universiti juga telah terus berjaya melahirkan pakar-pakar untuk pelbagai industri. 

“Tanggungjawab kita bersama alumni MMU di seluruh dunia ialah meningkatkan lagi pembangunan universiti ini ke tahap yang lebih tinggi," jelasnya.

Canselor MMU, Tun Zaki Tun Azmi menyampaikan anugerah dan skrol pada hari pertama majlis konvokesyen itu manakala Pro-Canselor MMU, Profesor Emeritus Prof. Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid menyampaikan skrol pada hari kedua majlis.

Dalam majlis konvokesyen itu, seramai 3,584 graduan bergraduat, iaitu membabitkan 2,143 Ijazah Sarjana Muda, 1,295 Diploma, 108 Sarjana, dan 38 Doktor Falsafah (PhD) 

Mereka adalah daripada bidang kejuruteraan, perkomputeran dan informatik, pengurusan dan perniagaan, undang-undang, sains hayat, komunikasi strategik, kreatif multimedia dan seni senimatik.

Konvokesyen ini ialah majlis kedua pada tahun 2022 selepas Majlis Konvokesyen Ke-21 yang diadakan pada 12 Mac 2022 untuk meraikan 2,839 graduan Kelas 2020. - KitaReporters


12
13
0
17
0
You will be interested

Majukan lagi Pelancongan Islam! USIM, ITC meterai MoU! Bangunkan bakat, pengetahuan, pengurusan!

USIM meterai MoU bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi bangunkan bakat, perluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang Pelancongan Islam di Malaysia

Ikon Motivator Muda! USIM hantar wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022!

Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin muncul Johan, Naib Johan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 19 hours ago

Video| Tahniah! Ts Dr Sharifudin dilantik jadi Naib Canselor baharu USIM! Ganti Dr. Mohamed Ridza!

Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dilantik gantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 19 hours ago

UPM nak perkenal rock melon varieti sendiri! Hasil baik Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor!

Fakulti Pertanian UPM dapat tuaian baik daripada penanaman 620 pokok rock melon (cantaloupe atau tembikai wangi) bagi Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 1 day ago

Keluarga Malaysia pupuk budi pekerti mulia! Terima kasih FPSK UPM! Aktif kerja amal kebajikan!

FPSK UPM terus gigih dalam laksanakan aktiviti CSR bagi hulur bantuan, khidmat bakti sukarela kepada pusat jagaan warga emas, keluarga asnaf, rumah anak yatim
Rosdi Ismail in Menara Gading 2 days ago