Menara Gading 13 Nov, 2021

Video| Terbaik UniSZA! Terokai kehebatan pokok gelam! Komersialkan ke bidang perubatan, kosmetik

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Gambar hiasan... Pokok gelam yang tumbuh di merata tempat negara ini kini dikomersialkan dalam dunia perubatan.


SEBUT sahaja pokok gelam tidak ramai yang mengetahui kehebatan pokok berkenaan yang merupakan sejenis tumbuhan tropika yang banyak terdapat di negara kita dan kawasan rantau ASEAN yang lain sebagai khazanah alam semula jadi.

Tumbuhan tersebut  tumbuh secara semula jadi di beberapa lokasi khususnya tanah di kawasan rendah yang lembab dan jenis tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae yang menjadi sebahagian daripada tanaman spesis perlindungan.

Di Malaysia kawasan tumbuhan hutan gelam ini banyak terdapat di kawasan tanah lembab seperti di kawasan tebing sungai, kawasan tepi laut dan juga kawasan pedalaman yang banyak air.


 Lagi kisah menarik berkaitan penyelidikan


 Ahmad Amzat Hashim (tengah) melihat pokok gelam yang ditanam oleh UniSZA


Tumbuhan ini memang tidak dipedulikan oleh masyarakat tempatan dahulu kerana ia dikatakan jarang dimanfaatkan kecuali untuk dijadikan kayu api atau bahan untuk buat perabot, kraf kayu, pondok kebun dan pagar kebun.

Menyedari kehebatan yang ada pokok berkenaan, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak melepaskan peluang dan berhasrat menjadi institusi itu sebagai  pusat sehenti pengumpulan produk berasaskan ekstrak pokok gelam.




Pengarahnya, Prof. Dr. Hafizan Juhair berkata, bagi mencapai sasaran itu pihaknya akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan pengeluaran produk berkenaan yang sudah dipasarkan sejak Oktober 2018.

Katanya, selain minyak gelam, produk berkenaan juga bakal dikembangkan dalam bidang perubatan dan kosmetik bagi tujuan kesihatan.

Menurutnya, aktiviti pengeluaran dan pembungkusan pula akan dijalankan pada peringkat komuniti dengan penglibatan penduduk kampung, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

“Eseri memiliki alat pengekstrakan minyak berskala besar bernilai RM70,000 dan kita kini giat melakukan ujian kualiti minyak gelam,” katanya.


 Ahmad Amzat (kiri) melihat proses ujian pengeluaran minyak daripada pokok gelam di makmal UniSZA. 


Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia membantu lebih ramai golongan B40 terlibat dalam perusahaan minyak pokok gelam menerusi dana Malaysia Social Innovation atau Inovasi Sosial Malaysia (MySI)

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan ini dibuat sebagai susulan kejayaan projek komuniti yang dijalankan oleh UniSZA bersama belia di Kampung Padang Jejawi, Setiu dan warga Pusat Tahfiz Lil Faizin di Seberang Takir.

Beliau berkata, minyak pokok gelam adalah satu sumber kekayaan yang boleh memberi sumbangan ekonomi sekiranya dikomersialkan dengan baik, khususnya untuk golongan B40. 


Perusahaan membuat arang dari pokok gelam oleh penduduk kampung.


“Sebelum ini perusahaan minyak pokok gelam dibuat secara tradisional, namun setelah melalui kajian saintifik UniSZA, ia boleh dikomersialkan menggunakan teknologi dan mesin canggih.

Menerusi projek itu, golongan belia di Kampung Padang Jejawi dan pusat tahfiz berkenaan menjalankan aktiviti pengumpulan daun gelam, penyulingan minyak dan pembungkusan produk.

Mereka juga menerima latihan berterusan daripada UniSZA sehingga mampu mengeluarkan produk  seperti produk kecantikan, kebersihan, alahan kulit dan kesihatan.

Katanya, berdasarkan rekod sebanyak 60 peratus pengeluaran pokok gelam negara disumbangkan oleh Terengganu.

“Kita ada peruntukan khas di bawah program MySI seperti bantuan peralatan kajian dan kemudahan lain,” katanya. - KitaReporters


Pokok gelam yang banyak tumbuh di kawasan lembah di negara ini

11
9
0
10
1
You will be interested

Tahniah pelajar, ibu bapa, guru! Pelajar Kolej Genius Insan USIM catat keputusan cemerlang SPM!

Keterujaan 42 pelajar Kolej Genius Insan (KGI) di USIM yang terima keputusan SPM 2021 jelas tergambar apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang

Video| Angkara cinta ditolak! Pelajar universiti mati ditikam berkali-kali pelajar senior lelaki!

Seorang mahasiswa Universiti Mansoura, Kaherah tergamak tikam rakan universiti, Nayera Ashraf, 21, beberapa kali hanya kerana cintanya ditolak gadis berkenaan
Zuhayati Yazid in Menara Gading 3 days ago

Tingkatkan enrolmen pelajar antarabangsa! USIM kukuh jaringan hubungan dengan negara Timur Tengah!

USIM mahu tingkatkan perkongsian antarabangsa terutama dalam usaha untuk teroka ruang kerjasama strategik khususnya bagi tambah enrolmen pelajar antarabangsa
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 3 days ago

Tahniah! MoU perladangan hutan, teknologi hijau, kelestarian alam! Antara INTROP UPM dengan UCYP!

INTROP UPM dan UCYP tandatangani MoU dalam bidang akademik, penyelidikan, perkongsian idea khususnya dalam perladangan hutan, teknologi hijau, literasi karbon
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 6 days ago

Usaha terbaik! USIM santuni 10 sekolah sempena pengumuman keputusan SPM 2021! Buka reruai pameran!

Sempena pengumuman keputusan SPM 2021 Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) USIM santuni 10 sekolah terpilih dengan buka reruai pameran program pengajian
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 1 week ago