Kampus & Pendidikan 27 Mar, 2024

Terima kasih FlyHigh! Anak Angkasawan Negara berjaya ke Genius Permata Pintar! Duduki ujian PKSK!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


KELAS bersemuka dan “online” yang dikendalikan oleh FlyHigh Education Centre (FlyHigh), dua tahun sebelum menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) menjadi resipi kejayaan Sophea Isabella Sheikh Muszaphar Shukor atau Bella, anak Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha apabila ditawarkan ke tiga sekolah idaman.

Dr Sheikh Muszaphar ketika mendedahkan kecemerlangan anaknya itu, berkata pendekatan dan teknik yang digunakan oleh guru-guru cemerlang di FlyHigh banyak membantu Bella mendapat keputusan yang cemerlang.

Menurutnya, selain belajar bersungguh-sungguh dan berdoa, sokongan daripada ibu bapa dan guru, tuisyen serta tip menjawab soalan dalam kelas FlyHigh juga banyak membantu Bella untuk mendapat keputusan yang cemerlang serta menjadi “booster” membantu serta membentuk karakter anak dia.


Sophea Isabella berjaya ke Genius Permata Pintar.


“Penekanan tentang adab yang semakin luntur dalam era sekarang, adalah salah satu elemen eksklusif yang diterapkan oleh guru di FlyHigh yang ternyata meninggalkan kesan dan manfaat amat berguna,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar, keputusan dia menghantar Bella ke FlyHigh banyak membantu anaknya dalam pelajaran dan beliau akui belum pernah berjumpa pusat tuisyen sehebat itu kerana cara pembelajaran di FlyHigh sangat berbeza.

Tambahnya, kepakaran guru FlyHigh memang memberi banyak impak positif kepada anaknya dan mereka yang mengajar juga daripada perhatian dia sememangnya bersungguh-sungguh mahukan anak murid didik mereka berjaya dengan cemerlang.

“Tiada lain yang boleh saya berikan sebagai penghargaan selain ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru dan semoga FlyHigh terus maju.

“Amanah yang seterusnya ialah saya berharap anak kedua iaitu Tasha juga akan turut cemerlang apabila mengikuti tuisyen di FlyHigh disamping mendoakan Bella terus maju di sekolah idaman pilihan iaitu di Genius Permata Pintar,” ujarnya kepada media pada 9 Mac 2024.


Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (tiga dari kanan) bersama-sama barisan guru FlyHigh yang banyak membantu kejayaan anaknya Bella.


Sementara itu, seorang guru FlyHigh, Anuar Ahmad, berkata Bella merupakan murid yang aktif dan mudah faham kepada ajaran guru tuisyen FlyHigh di samping tidak segan untuk bertanya jika ada perkara kurang difahami.  

Beliau yang mengajar subjek Bahasa Melayu (BM), menjelaskan, dia dedahkan maklumat terkini mengenai apa yang akan diuji dalam ujian PKSK bagi bagi subjek BM iaitu artikulasi dan paling menarik ternyata Bella mampu menghasilkan penulisan berkenaan dalam tempoh masa yang sangat cepat mengikut kaedah mudah beliau sediakan.

Tambahnya, pendekatan atau teknik yang dia gunakan seperti teknik hafalan akronim sangat membantu anak angkasawan negara berkenaan di samping itu, beliau juga minta Bella melakukan simulasi menjawab artikulasi bagi mengesan kelemahan penulisannya.

“Teknik menyemak kesilapan penulisan iaitu Perkataan, Ejaan, Tanda baca, Ayat dan Imbuhan atau ringkasnya PETAI merupakan antara pendekatan yang amat digemari oleh Bella dalam menghasilkan jawapan tepat serta kemas.  

“Sebagai memenuhi tanggungjawab dan tuntutan amanah ibu bapa yang menghantar anak mengikuti tuisyen di FlyHigh saya dan rakan lain yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik sentiasa duduk berbincang bagi memperbaiki mutu bimbangan serta memberi input terkini,” katanya yang juga dikenali sebagai Cikgu Bob. 


Dr Sheikh Muszaphar (tengah) menceritakan kegigihan dan kejayaan anaknya Bella mencipta kejayaan cemerlang di FlyHigh kepada media.


FlyHigh ialah sebuah pusat tuisyen ditubuhkan pada 2019, bagaimanapun FlyHigh mengubah strategi dengan menyediakan pembelajaran dalam talian dan sangat dialu-alukan oleh ibu bapa yang inginkan sistem pembelajaran alternatif lebih selamat selepas pandemik Covid-19 apabila menghalang sistem pembelajaran bersemuka.

Selepas melihat sambutan serta tindak balas ibu bapa yang sangat memberangsangkan, FlyHigh memutuskan untuk mencipta platform dan aplikasi pembelajaran dalam talian yang lebih baik malah menepati ujian PKSK yang akan diduduki murid. - KitaReporters


Anuar Ahmad (tengah berdiri di belakang) bersama-sama rakan guru FlyHigh yang begitu komited membantu murid untuk cemerlang dalam PKSK.

20
15
1
9
0
You will be interested