Kampus & Pendidikan 13 Jun, 2024

Jom masuk KUIPs! Tawaran sambung belajar lepasan SPM! Pengajian dalam program asasi dan diploma!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan pengajian kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima kepujian.

Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, program pengajian asasi yang ditawarkan selama setahun atau tiga semester ini menggunakan bahasa pengantar dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab.

Katanya, selepas setahun pengajian mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pengajian Islam dan yang berkaitan.

“Program yang mengukuhkan mereka dengan ilmu Bahasa Arab dan Pengajian Islam sebagai satu keperluan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti,” sambung beliau lagi.

Dr Muhamad Rozaimi menambah selepas pengajian asasi mereka boleh memilih untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda dalam Pengajian Islam, Syariah (Ekonomi), Hadith, Bahasa Al-Quran dan Sunnah, Al-Quran, Perbankan dan Kewangan Islam, Pengurusan Muamalat, Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Perniagaan Antarabangsa, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, Sains Komputer (Sains Data) dan Pentadbiran Perniagaan.



https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Program Asasi Muamalah dan Asasi Pengajian Islam yang ditawarkan ini membolehkan mereka menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda KUIPs atau di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain tanpa perlu mengambil diploma.

KUIPs adalah institusi pendidikan milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan ditubuhkan pada 3 Mac 2013 oleh Kerajaan Persekutuan dan mempunyai empat Fakulti iaitu Pengajian Islam, Fakulti Quran Sunnah, Muammalat dan Kewangan Islam dan Perniagaan dan Sains Pengurusan.

Sepanjang pengajian di KUIPs mereka turut ditawarkan biasiswa untuk sesi Julai dan September 2024 ini.

Bagi pelajar yang ingin memohon boleh melayari link https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137.



https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Dalam pada itu Ketua Bahagian Pemasaran KUIPs Nur Syaedah Kamis berkata, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam diploma juga boleh memohon untuk menyambung pengajian mereka di KUIPs dengan syarat minimum tiga kredit untuk menyambung pengajian di sini.

“Pengajian, penginapan dan elaun sara diri juga diberi kepada mereka yang terpilih untuk melanjutkan pengajian disini,” sambungnya lagi. 

Bagi pelajar yang ingin memohon boleh juga melayari link https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137. - KitaReporters

17
7
0
10
0
You will be interested