Kampus & Pendidikan 23 Jun, 2024

Bila ABAH Bersuara| Mampukah dibendung gejala ponteng peperiksaan? Masalah sekolah atau sikap pelajar?

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

 

Permohonon boleh dilakukan dengan klik pada link berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137

Gambar hiasan. - Utusan Digital


DEBARAN menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sudah berlalu. Keputusan yang diumumkan pada 27 Mei 2024 lalu menyaksikan 11,713 pelajar berjaya cemerlang dengan memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Kini calon berdebar menunggu keputusan permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ribuan pelajar bersaing untuk mengisi tempat terhad. Keputusan memasuki program matrikulasi Kementerian Pendidikan telah pun diumumkan pada 20 Jun lalu.

Selainnya masih menunggu keputusan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) melalui Unit Pusat Universiti, dijangka diumumkan pada 28 Jun 2024 ini. Mungkin ada yang memilih mengikuti program pengajian asasi, diploma atau memasuki politeknik yang menawarkan pelbagai bidang pengajian.

Ada yang mohon mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di institut pendidikan guru (IPG) selama lima tahun. Tidak kurang ramai memohon program pendidikan vokasional dan teknikal (TVET) yang makin popular di negara ini. Program menjurus kepada penyediaan tenaga terlatih untuk memenuhi keperluan pasaran kerja. 

Kepada calon-calon terlibat diucapkan selamat maju jaya. Semoga mereka akan memperoleh tawaran mengikuti kursus yang dipilih. Kepada yang tidak berjaya jangan susah hati. Ada banyak lagi bidang lain boleh diterokai demi masa depan. Ramai berjaya dalam hidup walau pun tidak memiliki diploma atau ijazah asalkan rajin berusaha.



Di sebalik kejayaan cemerlang calon dalam peperiksaan SPM 2023, satu perkara yang menarik perhatian penulis serta wajar dijadikan renungan bersama ialah 10,160 calon tidak hadir peperiksaan SPM 2024 daripada jumlah 383,685 calon keseluruhan.

Jumlah ini bukan sedikit, hampir menyamai jumlah calon yang memperoleh kejayaan cemerlang. Bezanya satu kelompok berjaya mencipta nama dalam akademik, satu kelompok lagi mencipta nama ponteng peperiksaan.

Ponteng SPM 2023 membawa erti calon langsung tidak hadir peperiksaan walau untuk sehari dan tidak menduduki walau satu pun kertas peperiksaan. Kerana itu tidak perlu meneka lagi kedudukan mereka dalam peperiksaan berkenaan. Pastinya gagal.

Kenapa begitu ramai ponteng peperiksaan? Faktor utama yang terlintas di fikiran ialah mereka ini golongan memang tidak berminat dengan pelajaran, apa lagi mahu bersusah payah memikirkan untuk mencapai kecemerlangan.

Bagi mereka datang peperiksaan atau tidak, tidak ada beza. Lulus atau gagal tidak peduli. Sikap ini mungkin telah lama menebal dalam diri. Kerana itu kedatangan mereka ke sekolah sebenarnya bukan untuk belajar tetapi sekadar memenuhi masa, atau disebabkan kemahuan ibu bapa.

Begitu tinggi semangat ibu bapa mahukan anak berjaya tetapi sayangnya anak sendiri tidak minat. Prestasi akademik menyedihkan, kebanyakannya penghuni kelas belakang. Kelompok ini sering dikaitkan dengan pelanggaran disiplin sekolah, termasuk ponteng.

Tidak diketahui ketika peperiksaan ibu bapa tahu atau tidak anak mereka tidak hadir. Mungkin anak-anak ini berpakaian lengkap dan menuju ke sekolah kononnya untuk peperiksaan. Ibu bapa berandaian mereka menduduki peperiksaan tetapi rupa-rupanya menyimpang ke tempat lain.

Tipu daya anak-anak ini hanya diketahui apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Betapa terkejutnya ibu bapa apabila tahu anak-anak ponteng. Rasa marah, sedih dan sayu hati berbaur kerana anak yang diharap telah memusnahkan harapan tersebut.



Sementara Kementerian Pendidikan dikatakan akan berusaha mencari jalan mengatasi perkara ini dengan mengadakan libat urus dengan pihak berkaitan, ia dilihat satu proses yang rumit. Bukan mudah mengubah sikap mereka yang memang tidak berminat dengan pelajaran.

Potensi untuk mereka tidak peduli dengan peperiksaan boleh dilihat daripada sikap seharian di sekolah. Tidak minat belajar, kerap ponteng sekolah, kerap melanggar disiplin adalah tanda-tanda mengabaikan pelajaran yang seterusnya menjurus kepada ponteng peperiksaan.

Mampukah dibendung gejala tidak minat belajar dan ponteng peperiksaan? Tiada halangan cuba mengubah sikap pelajar degil ini. Mungkin libat urus atau kaunseling mampu membuahkan hasil walau pun sedikit. Pelajar itu sendiri yang perlu berubah sikap. Itu pun jika mahu! - KitaReporters

 

 

 

 

 

11
8
0
8
0
You will be interested