Kampus & Pendidikan 23 Jul, 2023

Semarak Siswa Madani @ Tanjung Karang! 50 pelajar UPM kongsi pendidikan STEM dengan lebih 100 komuniti!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Seramai 50 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan lebih 100 komuniti Tanjung Karang, Selangor sebagai satu latihan sosial baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata program bernama ‘Semarak Siswa Madani @ Tanjung Karang’ anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut memperkenalkan idea baharu pelajar universiti melalui aktiviti demontrasi STEM.



“Program ini membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran, bakat, berfikiran kritis dan kreatif semasa khidmat sosial dengan komuniti Tanjung Karang.

“Kami juga mempamerkan produk pertanian UPM melalui aspek pengembangan pertanian UPM yang dikendalikan oleh pegawai UPM,” katanya dalam program yang dirasmikan oleh mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dato' Mohd Shamsudin Lias di Pusat Komuniti Kampung Air Buang di Tanjung Karang.



Sementara itu, ketua pasukan Outreach Physics STEM UPM, Ahmad Danish Iskandar Mohd Fadzil, pelajar UPM Bacelor Sains Fizik berkata, program itu memberikan pendedahan kepada komuniti luar bandar tentang kepentingan STEM dalam kehidupan seharian.

“Kem STEM dan Pameran STEM bertajuk ‘Waste 2 Wear’ ini menghasilkan alatan bermanfaat berkonsepkan sains termasuk kanta pembesar dan cermin mata dengan menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik untuk pertanian komuniti,” katanya yang memenangi Pasukan Sukarelawan Terbaik pada Anugerah Putra Ikon UPM 2023 baru-baru ini.



Ketua Projek STEM UPM, Prof. Madya. Dr. Yap Wing Fen pula berkata aktiviti-aktiviti bersahaja STEM berkongsi kepentingan sains dalam kehidupan dan direka untuk menafikan persepsi murid-murid di komuniti bahawa pembelajaran STEM adalah susah dan membosankan.

Katanya pasukan STEM pelajar UPM menarik perhatian penduduk Tanjung Karang dengan pertunjukan Magik Fizik yang merupakan pendekatan silap mata dan explorace berkonsepkan STEM untuk menarik perhatian semua lapisan komuniti dari kanak-kanak hingga warga emas.

“STEM Funfair pula berkonsepkan permainan kanak-kanak STEM seperti Gelung Impian, Meletop Pop-pop dan Ping-ping-pong untuk menarik kanak-kanak kagar seronok mempelajari sains menerusi permainan," katanya lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
8
0
8
0
You will be interested