Kampus & Pendidikan 14 Dec, 2020

UniSZA-NAHRIM meterai MoU! Kajian atasi isu hakisan, banjir!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bagi aktiviti penyelidikan bersama dalam kajian hidrologi dan kualiti air tasik semula jadi di Malaysia dalam menangani antara lain masalah hakisan dan banjir. : KitaReporters


Prof Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU dengan Ir Md Nasir Md Noh


Lagi cerita-cerita berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=unisza


Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata, kerjasama yang dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat serta menjalankan aktiviti berkaitan bersama.

Katanya, antara aktiviti lain akan dijalankan ialah penempatan bagi Program Latihan Sangkutan Pensyarah UniSZA dan Latihan Industri Pelajar di NAHRIM, penyelidikan termasuk bidang air, persekitaran, kejuruteraan pantai serta penulisan dan penerbitan jurnal dan buku. 

Beliau berkata, UniSZA menerusi Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) giat menjalankan kajian bidang hidraulik meliputi kesan iklim kepada taburan hujan, air bumi, sungai, pencemaran, banjir, empangan, hakisan dan kejuruteraan pantai. 

"Bidang ini selaras dengan misi NAHRIM untuk memberi perkhidmatan cemerlang sebagai pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang air dan persekitarannya untuk memastikan pembangunan dan peningkatan kualiti hidup rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pertukaran dokumen MoU antaran UniSZA dengan NAHRIM di Dewan Senat, pada 13 Disember 2020. 

Pada majlis itu, UniSZA diwakili Prof Hassan Basri, manakala NAHRIM diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ir D Md. Nasir Md. Noh.


Mengaminkan doa sebelum tatacara MoU antara UniSZA dan NAHRIM 


Prof Hassan Basri berkata, hubungan kerjasama penyelidikan bersama UniSZA dan NAHRIM telah lama berlaku secara tidak langsung, namun ia tidak termeterai secara rasmi sebelum ini. 

“Antaranya adalah projek perundingan “Penilaian Prestasi Keupayaan Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium Di Lembah Klang dan ia merupakan projek jangka pendek kerjasama antara UniSZA-DMB Kembara Sdn Bhd-NAHRIM” 

“Saya harap, Program Denai Sungai Kebangsaan yang baru kita laksanakan di Kalang Warisan sebentar tadi akan menjadi projek rintis dalam hubungan kerjasama rasmi antara UniSZA, NAHRIM dan juga KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air),” katanya.

Katanya lagi, pembangunan produk ekopelancongan oleh UniSZA dan Kalang Warisan adalah projek kerjasama UniSZA dan komuniti dalam usaha merealisasikan Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 iaitu “Community Heroes. 

“Projek kalang Warisan ini juga antara contoh projek yang merentasi disiplin yang mana ia melibatkan kepakaran dalam bidang alam sekitar, pelancongan, reka bentuk industri/produk, sains sosial, sukan dan rekreasi”, kata Prof Hassan basri lagi. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested