Kampus & Pendidikan 27 Aug, 2022

Syabas USIM, Nurflix! Usaha terbitkan dokumentari Islamik! Rungkai rahsia kaitan al-Quran dan sains!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Nurflix Sdn Bhd yang matlamat utamanya adalah menyokong keterlibatan industri bersama golongan akademik. 

Melalui MoU ini, USIM dan Nurflix akan bekerjasama untuk menghasilkan dokumentari bagi merungkai rahsia berkaitan al-Quran dan sains yang akan turut melibatkan penyelidik-penyelidik dalam kalangan akademik universiti selain program penempatan latihan industri pelajar di industri.

Peluang kerjasama antara USIM dan Nurflix Sdn Bhd ini juga membuka pandangan yang lebih kritis antara kedua-dua belah pihak terutama pelajar dan orang ramai tentang platform langganan dalam talian berasaskan konsep Islamik dan pembelajaran Islam dalam inisiatif yang berbeza dan kreatif termasuk pencerahan aliran produksi untuk menghasilkan konten-konten yang disiarkan dalam Nurflix.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan saluran penstriman Nurflix


Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, dalam memperkasakan agenda “USIM Cemerlang, USIM Disayang”, USIM sangat prihatin kepada peranan industri untuk dikongsi bersama mahasiswa khususnya dalam aspek pengalaman sebenar kemahiran dan juga ilmu pengetahuan yang dipelajari menerusi kejaya itu sendiri. 

Oleh itu, USIM tidak teragak-agak untuk membuka ruang kepada pihak industri untuk bersama-sama membangun mahasiswa di USIM.

“Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama ini mampu memberikan impak yang signifikan dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berpengetahuan dalam kemahiran produksi serta bidang penyiaran di Malaysia. 

"USIM melalui FKP (Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan) sentiasa komited untuk menganjurkan program yang bermanfaat kepada mahasiswa agar USIM dapat melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat,” ujarnya lagi. 



Nurflix adalah platform penstriman video yang memfokuskan kandungan Islamik. Ia adalah produk dari Sutera Hijau Ventures dan menawarkan kandungan yang patuh syariah. 

Seperti Apple TV+ dan Netflix, Nurflix turut memfokuskan sepenuhnya kepada kandungan asli dan eksklusif dan boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play dengan langganan hanya RM19.90 sebulan. 

Majlis yang diadakan di Canselori USIM ini menyaksikan Prof. Ts. Dr. Sharifuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Rizal Mohamed bersama-sama menandatangani MoU tersebut. - KitaReporters/USIM


12
10
0
20
0
You will be interested