Kampus & Pendidikan 14 Dec, 2024

Mewujudkan jaringan strategik demi keharmonian! UMMI USIM anjur OKU Brisk Walk 2024! Disambut meriah!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this

/



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) telah berjaya menganjurkan Program OKU Brisk Walk 2024 pada 9 Disember 2024 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM.

Program yang pertama kali diadakan ini mendapat sokongan Dana Erat @ NS oleh Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan. 

Acara ini diselaraskan dengan sambutan Hari OKU Sedunia yang diraikan pada 3 Disember setiap tahun, bertujuan memperkukuh perpaduan serta memupuk kesejahteraan dalam kalangan masyarakat yang inklusif daripada pelbagai lapisan.



Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Turut serta dalam penganjuran ini adalah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nilai dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut Profesor Dato’ Dr. Adnan, program ini mencerminkan kolaborasi strategik antara agensi kerajaan, swasta dan NGO melalui platform akademik dan kepakaran universiti dalam memperkukuh keharmonian sosial.

"Program ini mampu memperkukuh ekosistem perpaduan tanpa mengira agama, bangsa, dan kekurangan upaya, sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang berteraskan nilai dan etika," ujar beliau.



Seramai 160 peserta pelbagai peringkat umur, termasuk 30 peserta OKU dengan pelbagai jenis keilatan, telah mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki sejauh 2.4 kilometer di sekitar kampus USIM.

Program ini turut menyaksikan pelancaran Alumni Chapter: Sahabat FAQEH USIM oleh Profesor Dato’ Dr. Adnan. 

Penubuhan Alumni Chapter ini merupakan kesinambungan legasi usaha advokasi dan pemerkasaan komuniti OKU yang diterajui Sekretariat Sahabat FAQEH, sebuah badan sukarelawan dakwah OKU yang bernaung di bawah UMMI.

Melalui jalinan kerjasama ini, USIM berharap dapat terus memperluas impak program, bukan sahaja kepada warga universiti tetapi juga kepada masyarakat umum, demi merealisasikan masyarakat inklusif dan penyayang. - KitaReporters/USIM



 

13
14
0
9
0
You will be interested