Kampus & Pendidikan 20 Jul, 2024

Pelayaran Kepimpinan Antara Benua Ke Australia! Anjuran Inasis Petronas UUM! Disertai 30 mahasiswa!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Seramai 30 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) akan berlepas ke Melbourne, Australia pada 18 Ogos 2024 hingga 26 Ogos 2024 ini.

Pengarah program Ardina Putri Syafeera Amy Azhar, 22, berkata program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (JKPS), Inapan Siswa (Inasis) Petronas, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Katanya, bagi penambahbaikan sebuah organisasi yang berdedikasi terutama keselesaan asrama maka perlu juga melihat pengurusan dan keselesaan di universiti luar negara terutama seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Kami mahasiswa universiti pengurusan yang diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024, sekali gus meletakkan sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia mengadakan program dan lawatan ini bagi memastikan nama UUM terus menyerlah baik pada peringkat negara atau antarabangsa,” ujarnya ketika dihubungi.


Ardina Putri Syafeera Amy Azhar


Ardina Putri menambah sepanjang lawatan mereka nanti antara tumpuan utama ialah untuk melihat keselesaan dan pengurusan penginapan kolej kediaman di universiti yang mereka melawat nanti.

Dengan penyertaan mahasiswa dari Inasis lain dari universiti ini juga pastinya akan memberikan nafas baru atau sentuhan baru supaya UUM juga setaraf dan seiring dengan penginapan universiti di luar negara.

Moga program mobiliti pelajar yang dianjurkan ini juga dapat melahirkan graduan yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran global terutama kepada pembangunan budaya, alam sekitar dan kebajikan kerana kebanyakan program mobiliti sebelum ini biasanya menumpukan kepada prinsip kemahiran pendidikan tinggi.

“Kami dari JKPS Inasis Petronas telah memutuskan untuk menganjurkan program mobiliti antarabangsa ini ke Melbourne, Australia dengan peluang untuk menyertai aktiviti yang menggalakkan pembelajaran dan pembangunan peribadi yang boleh menjadi cara yang berkesan untuk membantu mereka membina kemahiran insaniah,” sambungnya lagi.

Selain memberi pendedahan kepada peserta yang menyertainya program ini juga diharap memberi inspirasi kepada mereka untuk memahami dan mengenali budaya, pendidikan dan beberapa faktor lain antaranya kebajikan, penanda aras universiti dan kemahiran kepimpinan. 



Sepanjang di sana mereka juga akan menjalankan perkhidmatan sosial dan komuniti melibatkan Kedutaan Malaysia di Melbourne, Persatuan Pelajar Malaysia di Melbourne, pelajar University of Melbourne, Monash University, pelajar RMIT University, komuniti tempatan dan antarabangsa bersama pelbagai agensi lain. 

Antara objektif lain sepanjang mereka di sana nanti ialah untuk melihat program pembangunan pendidikan Malaysia Australia dari segi pertumbuhan akademik, profesional dan budaya selain daripada hubungan jangka panjang.

“Kami juga akan menyertai program tanggungjawab sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan bagi membina jalinan hubungan yang kukuh antara university,” sambung Ardina lagi.

Dalam program ini mereka juga akan mengadakan lawatan ke kampus perdana Melbourne University yang mempunyai kekayaan akademik dan budaya persekitaran yang bertaraf dunia.

“Pastinya angin perubahan dapat memberi sentuhan pada delegasi UUM ketika membuat lawatan ke kampus itu nanti merangkumi Universiti Melbourne, Universiti Monash, Kampus Clayton dan RMIT University,” sambungnya lagi.

Melalui Australia Culture Exchange 2024 pula mereka akan melibatkan diri dalam landskap budaya yang pelbagai dan bersemangat kedua-dua Malaysia dan Australia, sambil terlibat dalam pertukaran bermakna yang menggalakkan bersama menghormati dan berkongsi pembelajaran nanti.



Program lain yang akan mereka jalankan sepanjang di sana nanti ialah melibatkan diri dengan organisasi pelajar di university dan memahami memahami perspektif, aspirasi, dan idea-idea inovatif di sana nanti selain dari sesi dialog dan bertukar-tukar maklumat.

Sesi bersama Kedutaan Malaysia di Melbourne, Australia, juga telah diatur bagi mengukuhkan hubungan dan ikatan antara pelajar UUM dengan warga Malaysia di sana. - KitaReporters

13
14
0
9
0
You will be interested