Kampus & Pendidikan 21 May, 2023

Program Pemangkin Usahawan Asnaf! Kolaborasi strategik bersama Insken, Public Islamic Bank, MAIWP!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) menjalankan kolaborasi strategik menerusi Perjanjian Kerjasama Dalam Pelaksanaan Program Pemangkin Usahawan Asnaf (Pemangkin) dengan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu usahawan asnaf menambah pengetahuan dan meningkatkan perniagaan mereka. 

Program Pemangkin juga adalah selari dengan program kewangan sosial di bawah inisiatif Program Pembiayaan Mikro iTekad (iTekad) yang diterajui Bank Negara Malaysia. 

Objektif utama kerjasama ini adalah sebagai inisiatif untuk membantu usahawan asnaf menambah pengetahuan perniagaan seperti prosedur perniagaan, meningkatkan tahap kemajuan perniagaan dalam kalangan usahawan asnaf ke tahap yang lebih tinggi. 

Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk menjana dan meningkatkan jualan dan menambah bilangan pekerja. 


Muhd Firdaus Azharuddin (kanan), Syamsul Azuan Ahmad Fauzi (tengah) dan Mohd Nizam Yahya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama melaksanakan Program  Pemangkin Usahawan Asnaf (Pemangkin) pada 18 Mei 2023.


Ketiga-tiga agensi yang terlibat dengan perjanjian ini mempunyai peranan masing-masing iaitu Insken melaksanakan Program Pemangkin yang terdiri daripada Kursus Asas Industri kepada 25 orang peserta dan Program Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) untuk 10 orang peserta terpilih. 

Manakala PIBB bertanggungjawab untuk menyalurkan dana kepada Insken dan MAIWP menyalurkan peserta untuk menyertai program-program tersebut. 

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, Insken sentiasa mengalu-alukan kolaborasi rentas agensi dan kementerian bagi membantu memantapkan ekosistem keusahawanan melalui pelbagai program latihan serta bimbingan. 

Beliau berharap agar lebih banyak kerjasama dalam membantu usahawan di seluruh Malaysia dapat diwujudkan. 

Insken, PIBB dan MAIWP menyasarkan Program Pemangkin yang bakal membelanjakan lebih RM200 ribu ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 1 tahun dan amat yakin melalui pemeteraian perjanjian tersebut, usahawan asnaf tidak akan ketinggalan dalam kesemua sudut bidang keusahawanan. 

Malah, golongan ini juga akan lebih maju dan turut dapat menyumbang kepada ekonomi negara. 

Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama pada 18 Mei 2023 ini diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin; Ketua Pegawai Eksekutif PIBB, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi; dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
15
0
15
0
You will be interested