Kampus & Pendidikan 08 Feb, 2023

Terima kasih Maybank Islamic! 25 pelajar UniSZA terima dermasiswa RM150k! Santuni pelajar memerlukan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Pelajar penerima dermasiswa bergambar kenangan bersama pengurusan UniSZA dan Maybank


NASIB pelajar dari golongan asnaf yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi tempatan sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil membantu sama ada dalam bentuk kewangan, penajaan , komputer dan pek makanan.. 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi kerjasama koporat dengan Maybank Islamic tidak ketinggalan memberi bantuan dermasiswa berjumlah RM150,000 untuk diagihkan kepada 25 pelajar yang terpilih, di Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemberian dermasiswa

Dr Fadzli Adam (tengah) menerima replika dermasiswa dari Ahmad Farid Qureshmi Md Daud.


Dermasiswa sumbangan Maybank Islamic itu bertujuan menyantuni pelajar asnaf fakir, asnaf miskin, anak yatim piatu, keluarga B40 dan keluarga bermasalah yang tidak mampu menanggung kos pengajian dan sara hidup terutama di UniSZA. 

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam, berkata UniSZA berbesar hati dengan sumbangan itu dengan kos keseluruhan RM6,000 seorang merangkumi bantuan yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan sara hidup selama dua semester.


Dr Fadzli Adam


“Pelajar yang menerima dermasiswa ini akan dipantau oleh pihak UniSZA, dengan menyediakan program pembangunan akademik dan sahsiah supaya graduan yang dilahirkan seimbang dan holistik.

“UniSZA juga adalah universiti pertama yang menerima bantuan dermasiswa dari Maybank Islamic,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Program Dermasiswa Maybank Islamic @ UniSZA baru-baru ini.


Ahmad Farid Qureshmi


Turut hadir, Bendahari UniSZA, Suhaili Mohd; Pengarah Kampus Besut, Prof Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Muzafar Mohd Din; Pengarah Maybank Pantai Timur, Ahmad Farid Qoureshmi Md Daud; dan Ketua Perbankan Peruncitan, Mat Zamri Hassan.

Sementara itu, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Perhubungan Antarabangsa, Amir Farhan Nordin, 22, berkata sumbangan itu amat besar nilai buat dirinya dalam meneruskan hasrat murni menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UniSZA. 

“Saya sangat bersyukur dan gembira atas sumbangan ini yang diberikan oleh Maybank dan terima kasih juga pada UniSZA kerana memilih saya salah seorang penerima dermasiswa ini,” katanya.


Dr Fadzli Adam (kanan) beramah mesra dengan pelajar penerima dermasiswa Maybank Islamic.


Pelajar ISM Bahasa Inggeris Komunikasi yang juga penerima dermasiswa, Nur Irdina Nakifla, 21, berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dan menyifatkan benar-benar membantu golongan sepertinya dalam penyediaan keperluan dan menyara hidup di kampus. 

“Saya dari keluarga yang susah, ayah saya hanya seorang nelayan jadi dengan dermasiswa ini dapat saya guna sebaiknya bagi kegunaan sepanjang pengajian di UniSZA ini,” katanya ketika ditemui. - KitaReporters


Ahmad Farid menyampaikan sijil penerimaan dermasiswa kepada seorang pelajar UniSZA

 

10
10
0
11
0
You will be interested