Kampus & Pendidikan 04 Jul, 2023

Terbaiklah KPT! Pelajar pelarian berpeluang ke IPT! Perlu dibuka pada peringkat lebih rendah! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAPIM menyambut pernyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang menyatakan kerajaan membuka peluang kepada pelajar pelarian yang berada di Malaysia yang layak boleh melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi di universiti di Malaysia.

Keputusan ini sangat dialu-alukan. Ia keputusan yang wajar kerana mendapat pendidikan adalah hak asasi manusia yang diiktiraf oleh PBB.

MAPIM berpendapat pelarian yang berada di Malaysia juga harus diberi peluang belajar di sekolah di Malaysia dari peringkat rendah lagi. 

Ini adalah langkah yang wajar kerana masa depan mereka bergantung kepada taraf pendidikan yang mereka perolehi.


KHALED NORDIN


Pendidikan adalah penting untuk pengdayaupayaan pelarian melalui penguasaan ilmu dan kemahiran agar mereka boleh menyumbang secara produktif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara di mana mereka berada sebelum mereka dibenarkan pulang ke negara asal.

Di bawah Konvensyen Pelarian Artikel 22, hak pelarian mendapat pendidikan dijamin.

Kami juga berpendapat dengan memberi peluang pendidikan, pelarian tidak akan terlibat dengan gejala sosial dan dieksploitasi oleh mereka yang mengambil kesempatan.

Kami mengusulkan sebuah pasukan khas oleh kerajaan diwujudkan untuk meneliti isu pendidikan pelarian bagi melakar polisi yang sesuai. 


MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


10
10
0
14
0
You will be interested