Kampus & Pendidikan 15 Dec, 2024

Setitis Darah, Sejuta Harapan! Kempen derma darah UniSIRAJ berjaya! 51 staf dan pelajar derma darah!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

/

Kakitangan UniSIRAJ menunggu untuk peperiksaan saringan sebelum dibenarkan derma darah.

Pelajar luar negara dari universiti ini turut menderma darah.

Kempen Derma Darah Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berjaya mengumpulkan 51 beg darah.

Dr Abdul Fatah Fadzil dari Jabatan Perubatan Transfusi HTF berkata, mereka berjaya mengumpul 51 paket darah walaupun menyasarkan hanya 30 paket sahaja.


Dr Muhamad Ruzaimi Ramle turut menderma darah.


Sabar menunggu untuk menderma darah.

Katanya, lebih mengembirakan kempen darah kali ini apabila Rektor UniSIRAJ sendiri Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle turut menderma darah.

'Kempen Setitis Darah, Sejuta Harapan yang mampu menyelamatkan tiga nyawa bagi setiap paket yang diterima di universiti ini diharap menjadi contoh terbaik kepada institusi pendidikan lain,' ujarnya ketika ditemui.


Kakitangan dan pelajar yang menderma darah di Auditorium UniSIRAJ.
Dalam pada itu, kakitangan dan pelajar yang menderma darah di Auditorium UniSIRAJ  ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana dapat menyertai dan menderma darah kepada pihak HTF. - KitaReporters

Pastinya sumbangan darah mereka ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
22
21
0
24
0
You will be interested