Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPSI.
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, menerusi Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) UPSI, melancarkan aplikasi GeoAttendance bagi memantapkan sistem kehadiran staf dan pelajar.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berucap
merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Perhimpunan Bulanan
UPSI Bulan Jun 2024 di Dewan Tuanku Canselor UPSI turut menyempurnakan gimik perasmian
aplikasi berkenaan pada 12 Jun 2024.
Beliau berkata, GeoAttendance sangat mudah digunakan,
menjimatkan masa pengguna dan boleh dilaksanakan oleh mana-mana agensi.
Dengan terhasilnya sistem itu, katanya, UPSI menjadi Universiti Awam pertama yang mengintegrasikan aplikasi mobil untuk merekodkan kehadiran harian dan aktiviti dalam universiti secara Global Positioning System (Sistem Penentududukan Global atau GPS) yang mana data kehadiran akan terus dimuat naik ke dalam pangkalan data utama universiti.
"Sistem ini efisyen untuk pengurusan kehadiran harian ke pejabat dan aktiviti rasmi universiti menggunakan aplikasi mobil berikutan diintegrasikan dengan teknologi GPS," katanya.
Dr Md Amin (tiga dari kiri) bersama pengurusan tertinggi UPSI selepas melancarkan aplikasi GeoAttendance di Dewan Tuanku Canselor UPSI pada 12 Jun 2024.
Sementara itu, Ketua Pegawai Digital, Ts Dr Megat Azrin
Ahmad, pula berkata GeoAttendance itu turut dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan lokasi GPS oleh pengguna.
Menurutnya, inovasi yang dibangunkan menggunakan kepakaran
dalaman itu selaras dengan pendigitalan proses kerja di UPSI.
Penggunaan GeoAttendance ini, katanya, merupakan alternatif bagi menggantikan kaedah
merekod kehadiran harian menggunakan menggunakan kad pintar dan kod QR sebelum
ini.
Tambah beliau, setiap pentadbir program juga boleh
mengaplikasikan GeoAttendance itu bagi tujuan merekod kehadiran aktiviti atau
program universiti menerusi aplikasi mobil universiti iaitu Quick And Response
Integrated System (MyQRIS).
"Inovasi yang dilaksanakan ini turut memberi manfaat kepada warga UPSI serta mengalu-alukan kolaborasi dengan mana-mana agensi untuk mendapatkan maklumat dan melaksanakan aplikasi berkenaan, " ujarnya. - KitaReporters