Kampus & Pendidikan 13 May, 2025

Terima kasih Tabung Amanah Sultan Kedah! Prihatin dengan nasib 20 keluarga pendapatan rendah!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this

Rombongan Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) menyampai bantuan kepada seorang wanita pada Program Jelajah Santuni Rakyat 2025.


Melalui sikap keprihatinan, seramai 20 buah keluarga berpendapatan rendah di daerah Sik, Kedah baru-baru ini menerima sumbangan bakul makanan dan keperluan asas daripada Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) sempena Program Jelajah Santuni Rakyat 2025.
Mereka dipilih menerima sumbangan itu setelah proses dibuat oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Sik dengan kerjasama Penghulu Mukim Sik, Mukim Sok dan Mukim Teloi.
Pengurus Besar TASK, Azhan Abd Hamid berkata, usaha dilakukan itu berjaya menceriakan setiap penerimanya.
"Tujuan diadakan program begini bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat pelbagai cabaran kehidupan. Pihak penganjur bergerak dari rumah ke rumah penduduk bagi menyerah sumbangan tersebut," katanya.

Azhan Abd Hamid (tiga dari kanan) bersama rombongan menyampai sumbangan bantuan bakul makanan kepada seorang penduduk. 


Setiap bakul makanan yang disampaikan mengandungi barangan keperluan asas, termasuk beras, minyak masak dan gula, manakala barang basah pula seperti ayam segar dan sayur-sayuran. Selain itu, sumbangan lain, seperti mainan kanak-kanak turut diberikan.
"Inisiatif dilakukan ini mencerminkan komitmen TASK untuk memperkasa dan menyokong komuniti yang memerlukan bantuan di daerah Sik serta di daerah-daerah lain di Kedah" kata beliau lagi.
Azhan menambah, TASK berhasrat untuk memberikan harapan dan bantuan kepada mereka yang menghadapi kesulitan, serta untuk membangkitkan semangat kebersamaan dalam menghadapi cabaran hidup.

Azhan Abd Hamid (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohamad Zahiran Azizam sempena program itu di Kampung Charuk Tenang, Sik.


Seorang penerima sumbangan itu, Mohamad Zahiran Azizam, 29, dari Kampung Charuk Tenang berkata, langkah diambil oleh TASK menolongnya, isteri dan seorang anak melalui bantuan makanan dan peralatan anak seperti susu pampers serta mainan, begitu bermakna sekali.
'Saya hanya bekerja sebagai petani di kampung dan kini sering menjalani rawatan di hospital. Dengan sumbangan diberikan ini, ia dapat membantu meringankan perbelanjaan aktiviti harian dalam kehidupan," katanya. - KitaReporters

Seorang pesakit kronik turut menerima sumbangan dari TASK di Sik.

 

20
6
0
14
0
You will be interested