Hasrat sekumpulan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk beramal telah terkabul apabila mereka berjaya menyelesaikan tugas mereka dengan jayanya di Central Mosque Seoul, Korea baru-baru ini.
Bergambar di hadapan Masjid Utama Seoul di Korea Selatan.

Kerja kerja pembersihan sedang dibuat oleh peserta program UTHM.
“Kami datang ke Seoul Central Mosque (Masjid Utama Seoul) untuk menyampaikan wakaf dari Malaysia dan seterusnya membuat amal jariah di masjid berkenaan,” kata jurucakap kumpulan pelajar tersebut, Aiman Hafizi Azmain.
Selain itu, para pelajar tersebut turut membawa sajadah, al-Quran, tudung, jubah, kurta dan juga telekung yang dinfak oleh orang ramai dari Malaysia.
“Mereka sangat memerlukan telekung sebenarnya sebab setiap bulan akan ada 10-15 orang yang akan memeluk Islam,“ tambah Aiman lagi.
Menurut Aiman, sebelum mereka memeluk Islam mereka akan belajar tentang Islam dulu selama 3 bulan di mana mereka akan belajar hafal al-Fatihah, 3 Qul, ayat Kursi dan lain-lain.

Sebahagian barang infaq sumbangan orang ramai dari Malaysia.

Kotak telekung dibawa masuk ke dalam masjid.
Kedatangan para pelajar UTHM seramai 8 orang termasuk dua pensyarah, Dr. Mohd Zulfadli Rozali dan Ahmad Kirul Nizam Ali disambut baik oleh Imam 2 masjid, Ustaz Muhammad Imtiyaz Abd Ghafar.
Dalam lawatan tersebut para pelajar berkenaan telah membersihkan filter (penapis) aircond (penghawa dingin), membuang sampah dan membersihkan kawasan masjid, lap cermin, susun karpet, kitab dan rak buku dan bermacam-macam lagi yang perlu dikemas kini..
“Kami juga telah beramah mesra dengan AJK masjid yang juga adalah orang Malaysia, alhamdulillah," ujar Aiman.
Bagaimanapun, kata Aiman, mereka tidak sempat untuk beramah mesra dengan pelajar di Seoul sebab difahamkan mereka sedang menjalani peperiksaan dan tidak boleh diganggu.
Menurut Aiman lagi, kebanyakan yang menggunakan masjid tersebut adalah pelajar-pelajar dan tabligh yang datang ziarah di situ serta pelancong Islam yang singgah untuk solat.

Dr. Mohd Zulfadli Rozali (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Imam 2 Central Mosque Seoul, Ustaz Imtiyaz sambil disaksikan oleh Ahmad Khirul Nizam Ali (dua dari kanan).

Aiman Hafizi Azamain
‘Kami sangat bersyukur kerana Allah permudah urusan kami semasa di masjid tersebut. Semua berjalan lancar dengan kerjasama daripada Imam dan AJK masjid’” ujar Aiman, pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Pendidikan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara dengan Kepujian di UTHM.
Aiman mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang al-Quran, telekung, sejadah, kurta, jubah dan lain-lain kepada projek ini sehingga membolehkan mereka merealisasikan hajat mereka melakukan wakaf.
“Kami telah menyampaikan amanah kalian semua. Semoga Allah bagi ganjaran berganda buat anda semua. Terima kasih. Budi baik semua hanya Allah yang membalasnya,” ujar Aiman.
Menurut Aiman, mereka belajar banyak perkara tentang keindahan Islam dan silaturahim dalam beramal semasa melakukan lawatan sambil beramal ke masjid utama Seoul tersebut.

Antara barangan yang dibawa untuk diinfakkan.

Team amal UTHM... Syabas dan tahniah.
Kumpulan pelajar UTHM tersebut berada di Seoul dari 22 hingga 26 September 2025.
Kata Aiman jika diizinkan Allah dan ada rezeki mereka akan berbuat lebih banyak kerja amal dan kerjasama lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas Aiman dan pasukan. - KitaReporters