Kampus & Pendidikan 03 Feb, 2026

Kita lari dulu! SKOMAS Fit Run perkukuh budaya gaya hidup sihat murid! Bina semangat kesukanan!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Oleh ATIKAH ISMAIL dan ROZAK HADI

Program SKOMAS Fit Run peringkat Daerah Pasir Gudang yang digabungkan dengan Merentas Desa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai (SKOMAS) berjaya menarik penyertaan aktif pada peringkat daerah sekali gus memperkukuh pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan warga sekolah secara keseluruhan.



Program berlangsung dengan jayanya pada 24 Januari 2026 di pekarangan Jalan Bacang, Taman Kota Masai dan menjadi pembuka bagi aktiviti kokurikulum pada tahun ini (2026).

Penganjuran program bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat di samping membentuk disiplin, ketahanan diri dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

Acara dimulakan seawal 7 pagi dengan sesi pemanasan badan sebelum peserta dilepaskan mengikut kategori yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.

Trek larian 8KM dan 6KM menjadi cabaran utama dan keberadaan QM serta guru di setiap checkpoint adalah untuk memastikan kelancaran sepanjang peserta membuat larian.

Pengetua SMK Kota Masai, Subramaniyan A/L Dorasamy, berkata program seperti ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan kesihatan dan penglibatan aktif dalam aktiviti luar bilik darjah.

Menurut beliau, penyertaan menyeluruh murid mampu meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat di samping berfungsi sebagai platform mengenal pasti bakat sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.



Dalam pada itu, Kejohanan Olahraga Tahunan akan dianjurkan pada 11 Februari 2026 sebagai kesinambungan usaha melahirkan murid yang cergas dan seimbang.

SMK Kota Masai akan terus menyokong kemenjadian murid melalui aktiviti kokurikulum dan melestarikan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai aspek dan bidang. - KitaReporters

8
13
0
16
0
You will be interested