Menara Gading 21 Apr, 2021

Video| Ke arah GAGAH UUM! Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Hoslitik UUM 2021-2025 dilancarkan

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berucap ketika melancarkan Hala tuju Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan, Pengkormersialan, Hubungan Industri dan Komuniti, Prasarana Fizikal dan Perkhidmatan.


SEMPENA 100 hari menjalankan amanah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah melancarkan Hala Tuju Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan, Pengkormersialan, Hubungan Industri dan Komuniti, Prasarana Fizikal dan Perkhidmatan di bawah Gagasan Gemilang Akademia dan Admin Holistik Universiti Utara Malaysia (UUM) 2021-2025 (GAGAH UUM) di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen 15 April 2021 lalu. 

Beliau berkata, GAGAH UUM merupakan satu tema untuk mengangkat warga universiti bersama-sama membina pasukan yang kuat berlandaskan Pelan Strategik UUM.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM



Program dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).


Menurutnya, berlandaskan visi menjadi 'Universiti Pengurusan Terkemuka' dan misi 'Mendidik Pemimpin Dengan Karekter Holistik Untuk Berkhidmat Kepada Komuniti Global' serta moto 'Ilmu, Budi, Bakti', GAGAH UUM mendukung enam teras utama iaitu Academic Excellence, Research Excellence, Sustainable Community & Industrial Engagement, Financial Sustainability, Service Excellence dan Holistic Graduates.

Katanya, enam teras itu akan menjadikan asas kepada semua untuk bergerak maju dan menjadikan seluruh warga UUM lebih bersedia menggalas tanggungjawab demi kelangsungan UUM, agama, bangsa dan negara.

Setiap teras ini mempunyai objektif tersendiri iaitu di bawah: 

  • Teras 1 (Academic Excellence) adalah untuk memastikan UUM menjadi pilihan pelajar; 
  • Teras 2 (Research Excellence) mewujudkan ekosistem penyelidikan dan inovasi berimpak; 
  • Teras 3 (Sustainable Community & Industrial Engagement) untuk membina hubungan yang kuat dan berkesan dengan komuniti serta industri; 
  • Teras 4 (Financial Sustainability) untuk membina penjanaan kewangan mapan; 
  • Teras 5 (Service Excellence) ke arah perkhidmatan penyampaian berkualiti dan 
  • Teras 6 (Holistic Graduates) untuk melahirkan pelajar seimbang dengan minda keusahawanan dan peningkatkan kebolehpasaran graduan.

Prof Dr Haim Hilman Abdullah (tengah) bergambar kenangan selepas majlis pelancaran.



"Malah, setiap teras ini juga diletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai panduan untuk mencapai sasaran yang terdapat di dalam teras dan GAGAH UUM akan menjadi pemacu utama khususnya dalam aspek penyelidikan dan inovasi menjelang 2025 nanti," katanya.

Prof. Dr. Haim Hilman berkata, untuk menjayakan gagasan ini, universiti harus meningkatkan kemampuan diri agar terus kekal relevan, dirujuk dan dihormati. 

Justeru seluruh warga kampus diminta agar memastikan UUM kekal dekat di hati komuniti dan industri dengan berusaha untuk memastikan setiap rakyat negeri Kedah dan negara ini dapat merasai sentuhan atau sumbangan dari UUM dalam kehidupan mereka baik secara langsung mahupun tidak langsung.


Pengarah UUMPress Prof Dr Ram Al Jaffri Saad (kanan) menerima buku hala tuju daripada Prof Dr Haim Hilman.


Beliau turut menerangkan tentang pembentukan Lembah Penyelidikan dan Inovasi Sintok (Sintok Technology Research & Innovation Valley atau STRIVE Valley) dan Taman Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti Sintok (Sintok Community Research & Engagement Park atau SCORE Park).

Selain itu, beliau juga memperkenalkan lima inisiatif strategik untuk tempoh 2021-2025 iaitu RAPID (Research, Publication and Innovative Drive), SQUAD (Sustainable Quituple Helix Collaboration), UNIVIBE (University Visibility Enhancement), UNITAC (University Tourism, Arts and Cultural) dan SMART Campus (Smart Living, Smart Administration, Smart Learning, Smart Safety and Smart Security Campus).

Pertama, Inisiatif RAPID untuk memacu agenda Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan, Inovasi dan Komersial. Tujuan inisiatif RAPID ini adalah untuk menambah baik dasar penyelidikan, penerbitan, perundingan, inovasi dan komersial serta pengiktirafan dan anugerah.

Kedua, Inisiatif SQUAD untuk memacu agenda universiti dan industri yang mana tujuannya adalah untuk menambah baik dasar hubungan industri dan komuniti serta insentif pembinaan hubungan industri dan komuniti serta pengiktirafan dan anugerah.


Pengarah CeTMA Prof Madya Dr Nor Idayu Mahat (kanan) menerima buku hala tuju.


Ketiga, Inisiatif UNIVIBE untuk memacu agenda universiti bestari yang akan menambah baik dasar pembangunan jenama, insentif pembinaan jenama, dan pengiktirafan dan anugerah. Antara Inisiatif UNIVIBE ialah pusat pengajian termasuk di UUM Kampus Kuala Lumpur serta Pusat Kecemerlangan (CoE) mengadakan program bual bicara seperti Minda Akademia, Hello Sintok, Jejak Sintok dan Horizon.

Keempat, Inisiatif SMART Campus untuk memacu agenda ke arah universiti lestari yang mana ia bertujuan menambah baik dasar pembangunan inovatif berteraskan konsep kampus lestari, pengiktirafan dan anugerah. Inisiatif SMART Campus melibatkan semua pusat tanggungjawab (PTJ) dan pusat pengajian untuk mengadakan program inovasi @ Kampus Lestari bagi tujuan meningkatkan kecekapan operasi serta penjimatan kos.

Kelima, Inisiatif UNITAC untuk memacu agenda menjadikan UUM sebuah universiti yang mendukung agenda pelancongan, seni dan budaya. Tujuan inisiatif ini adalah untuk menambah baik dasar pelancongan kampus, insentif, pengiktirafan dan anugerah berkaitan. Inisiatif UNITAC adalah menghasilkan produk berkaitan pelancongan, seni dan budaya serta menyediakan peluang pekerjaan separuh masa untuk pelajar UUM.

Di samping itu beliau menyeru semua warga UUM bersatu hati dan bersama-sama melonjak UUM menjadi sebuah institusi yang mendukung konsep Masyarakat Berbudaya  Tinggi - High Culture Society yang ditunjangi moto UUM iaitu Ilmu, Budi, Bakti.

Pada majlis sama turut diadakan penyerahan Buku Hala Tuju GAGAH UUM Sempena 100 Hari Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kepada semua Penolong Naib Canselor, Majlis Profesor UUM dan PTJ di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). - KitaReporters


Pengarah UUMIT Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim (kanan) menerima buku hala tuju.

You will be interested

Berita Terkini| Mahasiswa IPT dibenar pulang raya! Kecuali Sarawak! Surat pelepasan disediakan!

Semua mahasiswa di IPT dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali Sarawak namun menetapkan mekanisme kawalan dan pergerakan pelajar

Balik raya: Pelajar UUM dibenarkan pulang kecuali ke Sarawak! Pergerakan dari 7 hingga 11 Mei

UUM benarkan 1,049 pelajarnya pulang ke rumah masing-masing bagi sambut Aidilfitri kecuali pelajar dari Sarawak. Mereka bergerak mulai 7 Mei hingga 11 Mei 2021
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 5 days ago

Tahun kedua Ramadan Box PSA UniSZA! RM121k untuk sumbangan kepada komuniti termasuk di Surabaya

Persatuan Staf Akademik (PSA) UniSZA berjaya kumpulkan lebih RM121,000 sebagai sumbangan untuk projek Ramadan Box 2021 untuk bantu golongan asnaf, fakir miskin
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago

Video| Agenda Connected Campus! UUM lancar ‘virtual classroom’ pertama! Sebagai kemudahan PdP

UUM lancar kelas maya atau ‘virtual classroom’ pertama di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) sebagai kemudahan dalam proses PdP
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 week ago

Berita Terkini| 16k pelajar UiTM semua kampus balik raya! Guna 200 kenderaan pelbagai jenis!

Kira-kira 16,000 mahasiswa UiTM di keseluruhan 70 kampus di seluruh negara dijangka pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri bermula 7 Mei hingga 12 Mei 2021
News Editor 1 in Menara Gading 1 week ago