Menara Gading 13 Mar, 2022

Tahniah Mercy Malaysia! Terima Anugerah Kecemerlangan Ibn Khaldun dari UIAM! Transformasi sosial!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this


MALAYSIAN Medical Relief Society atau Mercy Malaysia menerima anugerah Ibn Khaldun Merit Award for Global Social Transformation (Anugerah Kecemerlangan Ibn Khaldun untuk Transformasi Sosial Sedunia) di mana anugerah ini diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menyumbang kepada masyarakat.

Majlis penganugerahan tersebut diberikan Ketika siding pertama Majlis Pembukaan Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung di Kampus Gombak yang disampaikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UIAM

DR. Ahmad Faizal Perdaus menerima anugerah tersebut daripada Dr. Mohd Daud Bakar. - Kredit foto: Sumber UIAM

Anugerah yang diberikan ialah bagi menghargai jasa-jasa dan kerja-kerja amal yang dilakukan merentasi sempadan dalam menyampaikan bantuan-bantuan dan khidmat bakti di dalam dan di luar negara.

Menurut Presiden Mercy Malaysia, Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus ketika menyampaikan ucapan penerimaan, beliau berkata anugerah yang diterima itu ialah untuk semua para sukarelawan yang banyak menabur jasa dalam membantu komuniti dunia yang dilanda bermacam musibah.

“Anugerah ini saya juga panjangkan kepada para sukarelawan yang tidak berhenti menabur budi dan bakti demi kemanusiaan dan anugerah ini juga adalah sebagai salah satu pendorong untuk Mercy Malaysia untuk terus membantu masyarakat dunia.

"Ini juga sebagai salah satu faktor penyumbang juga untuk Mercy Malaysia terus bekerjasama dengan UIAM dalam pelbagai bidang,” katanya.

Antara penerima sebelum ini ialah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Barisan Hadapan Keselamatan & Perubatan yang penerimanya diwakili Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.


DR. AHMAD FAIZAL MOHD PERDAUS


Pada majlis konvokesyen ke-36 ini seramai 5,619 orang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima skrol mereka dalam pelbagai bidang pada peringkat Sarjana, Master dan Ijazah yang meliputi 17 Kulliyyah di UIAM.

Majlis konvokesyen ini berlangsung selama lapan hari dan sebanyak 16 sesi sidang konvokesyen berlangsung dari 12 hingga 20 Mac 2022 lalu di Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak. Pembukaan Majlis Konvokesyen ke-36 dan 37 ini dirasmikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Majlis konvokesyen ke-36 yang berlangsung ini adalah untuk para graduan yang tamat pengajian mereka pada tahun 2020. Akibat daripada penularan Covid-19 pada tahun tersebut serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, majlis konvokesyen pada tahun tersebut tidak dapat dijalankan.

Penganjuran majlis konvokesyen kali ini dianjurkan dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). - KitaReporters



Kredit foto-foto: Sumber UIAM

11
7
0
17
0
You will be interested

Tahniah! 54 pelatih Kor SUKSIS UniSZA tamat latihan! Terima sijil pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS!

Seramai 54 pelatih (22 siswa, 32 siswi) Kor SUKSIS UniSZA berjaya tamat latihan dan terima sijil pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Siswa dan Siswi (SUKSIS)

VC harap UUM dapat lahirkan lebih ramai pemimpin pelajar! Mahasiswa perlu usaha capai potensi diri!

Dr. Haim Hilman Abdullah berharap lebih ramai pemimpin dalam kalangan mahasiswa UUM dapat dilahirkan dan capai potensi diri yang lebih baik, setinggi mungkin
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 2 days ago

Sokong? Tak sokong? Alumni baharu vs alumni lama? Penggabungan Masscom dengan 2 fakulti lain UiTM!

Sebahagiannya bersetuju namun ada juga lahirkan rasa kecewa dan sedih kerana Fakulti Masscom UiTM sudah 50 tahun ukir nama dalam pendidikan Komunikasi dan Media
Hariyati Ariffin in Menara Gading 3 days ago

Syabas USIM! Capai sasaran pingat di SUKUM 2022! 5 emas, 5 perak, 6 gangsa! Pencapaian terbaik!

USIM berjaya kutip 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa pada Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44. Satu pencapaian yang terbaik
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 4 days ago

Bertuahnya anak Pahang! Dapat bantuan RM200 sambung belajar! RM2.8j bagi bantu lebih 14,000 pelajar!

Kerajaan Pahang peruntuk lebih RM2.8 juta untuk bantu 14,168 anak kelahiran negeri itu sambung pengajian ke IPT menerusi Bantuan Prihatin Pahang bernilai RM200
Zuhayati Yazid in Menara Gading 4 days ago