Kampus & Pendidikan 17 Nov, 2021

Tahniah! Tiga pelajar UniSZA dapat anugerah! Dinobatkan terima Anugerah Tokoh Siswa KPT 2020!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


UNIVERSITI Sultan Zainal Abiddin (UniSZA) Terengganu terus mengukir nama dalam pelbagai bidang menerusi hasil kemahiran, kesungguhan dan keberanian pelajar menyertai pertandingan dianjurkan pelbagai pihak khususnya dalam negara ini.

Terbaharu, tiga pelajar UniSZA mengharumkan nama institusi pengajian berkenaan setelah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA



Penerima anugerah yang telah mencipta nama untuk UniSZA ialah Natasya Afriena Syeif Azizirrahim bagi Anugerah Kepemimpinan Fakulti/Persatuan/Kelab Pelajar.

Natasya yang juga Yang Dipertua Program Internationality Mobility dan telah juga menerima Anugerah Student's Society Leadership Award 2019.


 


Manakala Noor Azizah Mat Rozlan pula menerima Anugerah Kepemimpinan Keusahawanan.

Beliau yang juga Pengarah Program Entreprenuership Development Program 2.0: Thailand Experience dan telah juga Menerima Anugerah UniSZA Best Entrepreneur Award 2019.


 


Seorang lagi pelajar, Muhammad Shahril  Haja Mohaideen yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepemimpinan Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti).

Muhammad Shahril ialah Pengarah Program We Care We Serve Series dan telah juga menerima Anugerah Best Volunteerism Team Award UniSZA 2019 Student Volunteer UniSZA.



Selain itu UniSZA juga meraih satu lagi anugerah menerusi Pasukan Sukarelawan Terbaik

Anugerah diberi untuk Program Kesukarelawanan Dan Kemanusiaan Ke Indonesia 2019 (Medan 3.0) dan Program Pesantren Mawaridussalam Dalam Pendidikan.

UniSZA dalam satu kenyataan menyifatkan kejayaan tersebut  bakal menyuntik semangat buat mahasiswa-mahasiswi UniSZA yang lain untuk turut sama-sama berusaha bagi melakar kecemerlangan bersama. - KitaReporters


17
13
1
8
1
You will be interested