Menara Gading 01 May, 2022

Video| Balik kampung! 10k pelajar UPM bergerak pulang beraya! Hanya 435 pelajar kekal di kampus!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


Oleh: KHAIRUL ANUAR MUHAMAD NOH


SERAMAI 10,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Kampus Serdang, Selangor dan Bintulu, Sarawak, mula bergerak pulang ke kampung masing-masing secara berperingkat-peringkat sempena cuti Aidilfitri tahun 2022 ini

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Arifin Abdu berkata, pergerakan pulang pelajar sempena cuti Aidilfitri ini tidak seperti situasi sepanjang dua tahun berdepan pandemik Covid-19, di mana semua penghantaran pulang pelajar  perlu mematuhi segenap prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membabitkan jentera pelbagai entiti dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM) serta Majlis Perwakilan Kolej. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UPM


Kali ini para pelajar lebih selesa memilih untuk mengatur pergerakan sendiri pulang berhari raya di kampung dengan dijemput menggunakan kenderaan keluarga, selain menggunakan kenderaan sendiri dan tidak kurang juga yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas atau kapal terbang. 

Arifin berkata, pihaknya menyediakan secara purata 6 buah bas setiap hari bagi menghantar pelajar ke KLIA sehingga pagi hari raya

“Sebahagian pelajar telah pulang ke kampung halaman sejak 16 April 2022 lalu bersempena cuti Nuzul Quran dan tidak kembali semula ke kampus kerana tiada keperluan makmal atau sebagainya dan mengikuti kelas pengajian secara dalam talian di kediaman masing-masing,” tambah beliau. 



Menurut Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Nuruliman Ibrahim, hasil bancian yang telah dijalankan menunjukkan 435 pelajar sahaja yang memilih tinggal di kampus sepanjang Aidilfitri

Pihak BHEP dengan kerjasama kolej-kolej kediaman telah memastikan semua pelajar disediakan dengan perkhidmatan makanan bermula dari malam raya hingga ke hari raya kedua. 

"Semua pelajar berkenaan akan disantuni sebaik mungkin supaya suasana Aidilfitri turut diraikan bersama-sama," katanya. - KitaReporters


14
11
0
12
0
You will be interested

Keluarga Malaysia bantu OKU! UPM lancar Sistem Putra Buddies! Bantu pelajar OKU jalani aktiviti!

UPM lancarkan Sistem Putra Buddies untuk bantu pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) jalani aktiviti harian mereka di kampus sebagai menyokong Dasar Inklusif OKU UPM

Editor 1 in Menara Gading 2 weeks ago

Tahniah! Pelajar terima tajaan alumni UPM! MB Selangor harap dapat ringankan beban keluarga B40!

Pelajar UPM, Nur Fakhirah Zulfikar Ali terima sumbangan biasiswa bernilai RM15k daripada MB Selangor, Amiruddin Shari, yang juga merupakan alumni UPM Kelas 2002
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 3 days ago

Video| Mari pilih! 5 finalis anugerah pendidik cemerlang! RISE Educator Award Taylor's College!

RISE Educator Awards adalah untuk guru yang memberi inspirasi kecemerlangan dalam kalangan pelajar berkeperluan khas dan golongan yang dibesarkan di pedalaman
Editor 1 in Menara Gading 1 week ago

USIM bangunkan arkib digital, pelihara lukisan sejarah! Jadi rujukan Islamik Urban + Heritage!

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM bangunkan laman web MICBAH Digital iaitu platform digital bagi akses lukisan dan dokumen daripada Kursus Lukisan Terukur
Editor 1 in Menara Gading 2 weeks ago

1,000 calon ke universiti gagal peperiksaan! Angkara 'patuh' arahan! Tak tulis nama, nombor ujian!

Akibat kesilapan teknikal penyelia peperiksaan, 1,000 calon jadi mangsa keadaan selepas dilaporkan gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti awam Thailand
Zuhayati Yazid in Menara Gading 2 weeks ago