Kampus & Pendidikan 22 Mar, 2022

Video| Tahniah Azizulhasni! ijazah kehormat Sarjana Sains Sosial UMT! Iktiraf kecemerlangannya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Jaguh berbasikal Negara Datuk Azizulhasni Awang


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) yang prihatin dengan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menganugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial sempena Majlis Konvokesyen (UMT) ke-19 sebagai pengiktirafan kepadanya dalam sukan berbasikal.

Penganugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi atas sumbangan atlet yang popular dengan gelaran “The Pocket Rocketman” kepada pembangunan negara khususnya dalam sukan berbasikal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Azizulhasni Awang

Sesi pengijazahan itu berlangsung pada 20 Mac 2022 di Dewan Sultan Mizan, UMT.


 


Menerusi rakaman video beliau kepada UMT, katanya anugerah yang diterima itu amat bermakna buatnya sebagai seorang atlet sukan negara.

Azizul mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan tertinggi UMT dan tahniah atas peningkatan kecemerlangan UMT kini. Anugerah ini, katanya memberi impak positif buat sisi akademiknya. 

“Kejayaan yang dikecapi hari ini adalah kerana beberapa nilai. Antaranya nilai ownership (pemilikan). Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam membantu negara. Saya menyeru kepada masyarakat untuk lebih peka dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab kepada pembangunan negara,” katanya.


Azizulhasni sering mendapat pengiktirafan dari UMT


Katanya, pengurusan masa yang cekap turut menyumbang kepada kejayaan.

“Dengan pengurusan masa yang baik banyak membantu saya sebagai pelajar, ketua keluarga mahupun atlet negara,” katanya.

Beliau berharap agar graduan hari ini memandang serius akan kepentingan pengurusan masa yang efektif kerana ia menjadi salah satu tunjang kecemerlangan.

Azizul  yang juga anak jati Terengganu beriltizam membantu UMT dan negeri kelahirannya ke arah kecemerlangan. 

Beliau adalah antara 2,542 graduan yang bergraduasi sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-19. - KitaReporters


Mahasiswa UMT yang menghadairi Majlis Konvokesyen Ke 19 di Dewan Sultan Mizan UMT

13
24
2
13
1
You will be interested