Kampus & Pendidikan 26 Mar, 2022

Tahniah UUM! 3 warga universiti berjaya kibar bendera UUM di Everest Base Camp! Ketinggian 5,364m!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Norliza Ghazali, Dr. Mohd. Raime Ramlan dan Amirudin Hashim mengibarkan Bendera UUM di Kem Induk Everest (EBC) pada ketinggian 5,364 meter.


Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) Universiti Utara Malaysia (UUM) Norliza Ghazali; Dr. Mohd. Raime Ramlan dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA); dan Penolong Akauntan di Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan UUM Amirudin Hashim berjaya mengibarkan bendera UUM di Kem Induk Everest (EBC) pada ketinggian 5,364 meter dari paras laut pada jam 6.25 pagi waktu Malaysia atau 3.49 malam waktu Nepal dan Kalaphatar pada 25 Mac 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Gunung Everest

Peta pendakian yang dilalui.

Para pendaki bergambar di Everest Base Camp.


Amirudin ketika dihubungi berkata, kesemua yang melakukan pendakian ialah seramai tujuh orang masing-masing tiga dari UUM dan empat dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah

Katanya daripada tujuh hanya enam orang berjaya menawan EBC iaitu tiga dari UUM dan APM, manakala seorang lagi tidak dibenarkan oleh Pegawai Perubatan di sana kerana tahap oksigen terlalu rendah. 

"Kami semua dalam keadaan sihat dan gembira kerana berjaya melakukan pendakian dan juga dapat mengibarkan bendera UUM disini,” ujarnya lagi. - KitaReporters


Kibaran Bendera UUM.

Amirudin Hashim.

                                                                                   

14
15
0
7
0
You will be interested