Kampus & Pendidikan 02 Nov, 2020

UniMAP naik taraf Internet jalur lebar berkelajuan tinggi

@suhana abdul mutalib
Pensyarah di Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) merangkap Pegawai Khas Media Naib Canselor UniMAP. Bekas wartawan dan pernah berkhidmat dengan akhbar Utusan Malaysia, Harian Metro dan Berita Harian.

Share this

MEMANDANGKAN negara masih berdepan dengan situasi Pandemik COVID-19 yang masih meruncing, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif menaik taraf capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. 



Lagi cerita-cerita berkaitan UniMAP:

https://kitareporters.com/search?search=unimap


Naib Canselornya,Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif yang terkandung dalam Proses Transformasi Digital UniMAP yang telah dirancang semenjak tahun 2019 yang lalu seterusnya, menyokong keupayaan perkhidmatan awam bagi sistem aplikasi universiti yang memerlukan jalur lebar yang tinggi.

“Proses transformasi digital ini merupakan sebahagian inisiatif UniMAP untuk meneroka perubahan keadaan (game changing) dalam aspek teknologi membabitkan organisasi awam mahupun swasta.

“Projek yang bermula 30 Oktober 2020 itu bakal meningkatkan capaian internet di Kampus UniMAP daripada kelajuan 2Gbps kepada10Gbps. UniMAP mengharapkan peningkatan ini dapat memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan aplikasi multimedia,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Semakan UniMAP 2025 (Fasa II 2020-2022) yang berlangsung pada 2 November 2020 di Hotel Seri Malaysia, Perlis.


Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad (tiga dari kiri) bergambar bersama semua peserta yang terlibat dalam Bengkel Semakan UniMAP 2025 (Fasa II 2020-2022) di Hotel Seri Malaysia, Perlis.


Mengulas lanjut, Prof. R Badlishah berkata, selain menaik taraf capaian internet, UniMAP juga sebelum ini telah melaksanakan transformasi emel rasmi UniMAP melibatkan staf dan pelajar menggunakan perkhidmatan emel percuma GSUITE For Education yang disediakan oleh Gmail serta inisiatif kampus tanpa tunai yang dimulakan sewaktu Istiadat Konvokesyen pada tahun 2019.

Jelasnya, agenda seterusnya diteruskan dengan jalinan kerjasama strategik dan libat urus bagi perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) antara UniMAP dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), pada Julai 2020 yang lalu.

“Dalam konteks ini dengan menggunakan perkhidmatan Pusat Data yang disediakan oleh PDSA MAMPU, hampir 95% sistem aplikasi di UniMAP akan dipindahkan ke perkhidmatan awan. 

“Di samping itu, kemudahan untuk akses ke sistem dan maklumat boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira masa memandangkan akses ke sistem cloud, hanya memerlukan pengguna memiliki talian rangkaian yang mana ia sekali gus menjimatkan kos disaster recovery,’’ ujar beliau.


Capaian internet di Kampus UniMAP ditingkatkan dari kelajuan 2Gbps kepada 10Gbps - Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad

0
0
0
0
0
You will be interested