Kampus & Pendidikan 12 Feb, 2022

UMT siap sedia! Terima kemasukan pelajar sesi 2021/2022! 8,477 penuntut bakal kembali ke kampus!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) siap sedia menerima kehadiran semua pelajar sesi pengajian semester II Sesi 2021/2022 untuk kembali ke kampus tersebut mengikut jadual bermula 6 Mac 2022

Timbalan Naib Canselornya (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, kemasukan kumpulan pelajar itu dibuat secara berperingkat-peringkat hingga 10 Mac 2022 mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Katanya, Senat UMT menetapkan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi semester baharu yang bermula 13 Mac 2022 itu adalah secara hibrid.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UMT


DR MOHD ZAMRI IBRAHIM


Menurut Dr Mohd Zamri, seramai 8,477 penuntut dijadual kembali ke kampus untuk sesi pengajian tersebut apabila

Katanya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merangkap Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartert COVID-19 pada 9 Februari 2022 membuat keputusan mengenai kebenaran kemasukan pelajar ke IPT-IPT secara berperingkat -peringkat bermula 1 Mac 2022.



Sehubungan itu, kata Dr Mohd Zamri lagi, pihak UMT memyambut baik pengumuman Menteri tersebut dan sedang membuat persiapan rapi untuk menerima semula kemasukan penuntut terbabit.

“Bilangan pelajar semasa kuliah adalah terhad kepada kapasiti bilik yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada pada 11 Februari 2022.

Beliau berkata,pelajar boleh hadir ke bilik kuliah secara bergilir dan menggunakan kemudahan pembelajaran yang tersedia dalam kampus.

Ibu bapa dan pelajar yang mempunyai masalah berkenaan kemasukan ke kampus berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 UMT melalui talian: 09-6685059/09-6684286/09-6684296. - KitaReporters


 Kenyataan Media UMT

 

 

 

 

15
18
2
10
0
You will be interested