Kampus & Pendidikan 18 Aug, 2021

MB Selangor lawat PPV UIAM-SelVAX di kampus Gombak! Bantu capai imuniti kelompok negeri Selangor

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

Amirudin Shari turut meluangkan masa melawat PPV UIAM-Selvax.


UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor melalui Program Vaksin Selangor (SelVAX) untuk mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di UIAM Kampus Gombak selama dua hari bermula dari 17 hingga 18 Ogos 2021.  

Penubuhan PPV ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Pejabat Menteri Besar Selangor bagi meluaskan imuniti kelompok di negeri ini. 

Ia juga adalah sebahagian daripada program outreach untuk masyarakat supaya penduduk di negeri Selangor ini sudah mendapat sekurang-kurangnya untuk satu dos vaksin Covid-19


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UIAM

Para petugas membantu penerima vaksin untuk urusan pemvaksinan.


Sepanjang dua hari PPV UIAM-SelVAX beroperasi, sebanyak 3,000 dos vaksin telah suntik kepada warga UIAM yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar antarabangsa. Ia juga termasuk komuniti setempat yang mendaftar melalui aplikasi SELangkah.  

Selain itu, PPV UIAM juga turut membantu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di mana suntikan juga diberikan kepada pelarian yang memegang kad UNHCR yang sah

Ia juga adalah sebahagian usaha murni UIAM untuk memasyarakatkan universiti dalam mendekati golongan yang terpinggir ini. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut meluangkan masa melawat PPV UIAM-Selvax pada hari ini, Rabu, 18 Ogos 2021. Hadir sama Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.


Menteri Besar Selangor ketika ditemu bual.



Menurut Menteri Besar ketika ditemui, kerjasama dengan UIAM ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk mencapai imuniti kelompok untuk negeri Selangor ini. 

"Kerjasama yang dijalan dengan UIAM ini adalah untuk meluaskan lagi program outreach kerajaan negeri dalam usaha untuk penduduk di Selangor melengkapkan vaksin mereka, sekurang-kurangnya mereka mendapat satu dos dahulu," ujar beliau.

Dalam pada itu, Dzulkifli berkata kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor ini sedikit sebanyak membantu pihak universiti untuk mencapai imuniti kelompok di dalam kampus dan dalam masa yang sama, universiti dapat berbakti dan membantu masyarakat dan komuniti di sekeliling kampus ini. 

"Dengan pembukaan PPV UIAM-SelVAX ini, kami di universiti dapat membantu masyarakat sekeliling dalam merealisasikan usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok," ujarnya. 



Sementara itu, UIAM juga telah membuka PPV Awam di Kampus Kuantan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dibuka sejak Julai 2021 lalu

Selangor dijangka mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang dari sebulan susulan kerjasama bersepadu antara PICK dengan SelVAX di bawah Kerajaan Negeri. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested