Kampus & Pendidikan 26 Dec, 2021

Terima kasih UMT! Hargai pengamal media sebagai barisan hadapan! Bukan sekadar sampai maklumat!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Antara petugas media Terengganu yang menerima sijil penghargaan dari UMT. - Gambar kredit: Unit Media UMT


PETUGAS media di Negeri Terengganu amat beruntung kerana ada pihak yang mengiktiraf peranan wartawan bukan sekadar melaporkan berita mengenai sesuatu kejadian yang berlaku di  negeri itu, malah mereka juga dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang melihat tugas dan tanggungjawab wartawan sama penting dengan petugas barisan hadapan lain turut memberi pengiktirafan kepada petugas pelbagai media di negeri tersebut.

Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan anjuran universiti tersebut yang mengundang wartawan sebagai penerima penghargaan membuktikan pihak institusi pendidikan tinggi itu amat peka dengan tugas wartawan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UMT

Dr Mazlan Abd Ghaffar menyampaikan sijil dan cederahati kepada pegawai RELA


Majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT, Kuala Nerus, Terengganu pada Selasa 22 Disember 2021 lalu selain dihadiri petugas media ia juga turut memberi penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakitangan UMT.

Seramai 300 petugas barisan hadapan diraikan dengan penyampaian sijil dan cederahati yang disampaikan oleh Naib Cancelor UMT, Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar.


Anggota APM menerima sijil penghargaan sebagai barisan hadapan daripada Dr Mazlan.


Sementara itu, Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) mengucapkan terima kasih kepada pihak UMT kerana meraikan pengamal media negeri ini sebagai antara petugas barisan hadapan.

“Pengiktirafan ini tentunya amat bermakna buat kami yang bersama-sama terbabit dalam penugasan dan penghasilan laporan terbaik berkaitan COVID-19.

"Semoga kerjasama baik yang terjalin antara UMT dan pengamal media akan terus berkekalan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook Kawat.  - KitaReporters


Seorang petugas media Terengganu menerima sijil penghargaan daripada Dr Mazlan sebagai mewakili petugas barisan hadapan. 


Petugas media Terengganu menerima pengiktirafan sebagai barisan hadapan dari Universiti Malaysia Terengganu.

9
10
0
7
0
You will be interested