Kampus & Pendidikan 01 Jun, 2021

Tahniah UIAM! Kecemerlangan Kemampanan! Empat finalis Anugerah Green Gown Antarabangsa 2021!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

UIAM tercalon sebagai finalis apabila tersenarai dalam pengumuman yang disiarkan.


UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai finalis untuk empat penyertaan dalam tiga kategori Anugerah Green Gown Antarabangsa 2021. Senarai finalis tersebut diumumkan pada 28 Mei 2021 melalui laman sesawang greengownaward.org. 

Tiga kategori tersebut adalah “Benefitting Society” (Memanfaatkan Masyarakat), “Creating Impact” (Mencipta Impak) dan “Next Generation Learning and Skills” (Kaedah Pembelajaran dan Kemahiran Generasi Baharu).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UIAM


Perihal mengenai kelestarian akan terus dicakna didalam warga UIAM dan juga masyarakat 


Untuk kategori Memanfaatkan Masyarakat, projek yang tersenarai ialah “Malaysia Sejahtera Sport for All”. Bagi kategori Mencipta Impak, sebanyak dua projek juga terpilih iaitu “Making a difference for Sejahtera, Sustainability, Spiritually, Scenario” dan 2Lead4Peace. 

Manakala bagi kategori ketiga iaitu Kaedah Pembelajaran dan Kemahiran Generasi Baharu ialah projek UNGS 1201- Hybrid Flexible Transformative Learning for Edu-Action with Soul.


Malaysia Sejahtera Sport for All


Rektor UIAM Tan Sri Prof. Emeritus Dzulkifli Abdul Razak berkata ia adalah satu pengiktirafan besar buat universiti dan ia juga membuktikan segala usaha yang dilakukan oleh UIAM dalam perihal kelestarian ini mendapat perhatian dunia dan juga menunjukkan bahawa di UIAM ini perihal mengenai kelestarian akan terus dicakna didalam warga UIAM dan juga masyarakat. ujar beliau.

“Apa yang diharapkan tahun ini kita akan peroleh kejayaan seperti tahun lepas dan ini membuktikan UIAM benar-benar serius dalam pembangunan kelestarian dari pelbagai aspek dan mampu bersaing dan tersenarai didalam dikalangan universiti-universiti di seluruh dunia dalam anugerah green gown antarabangsa ini," tambah beliau.

Anugerah ini mendapat sokongan daripada United Nation Environment Programme atau UNEP (Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), International Association of Universities (IAU) dan The Association of Commonwealth Universities (ACU). 

Penganugerahan tersebut diberikan oleh Alliance for Sustainability Leadership in Education (EAUC). EAUC adalah sebuah badan organisasi yang berpengkalan di United Kingdom (UK) yang mempunyai lebih 220 keahlian dalam kalangan universiti dan kolej yang menyokong kelestarian dalam sektor pendidikan yang tidak terhad hanya di UK.

UIAM berada dalam senarai akhir bersama 51 universiti lain yang mewakili 23 buah negara termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Columbia, Mexico, United Kingdom dan Peru. Pemenang anugerah akan diumumkan pada 7 Julai 2021 yang dilakukan secara maya.

Pada tahun 2020, UIAM telah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi universiti yang pertama di negara ini mendapat pengiktirafan dan menerima Anugerah Green Gown Antarabangsa. UIAM menerima anugerah tersebut dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Tahun 2020. - KitaReporters


Kejayaan UIAM pada tahun 2020 meraih Anugerah Institusi Lestari Terbaik Tahun 2020. 

1
1
0
0
0
You will be interested