Kampus & Pendidikan 30 Apr, 2021

UUM menang tiga anugerah buku! Sempena Anugerah Buku Negara, Anugerah Telenovela KLWBC UNESCO

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Anugerah yang dimenangi oleh UUM. 


Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya merangkul tiga anugerah pada Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020/2021 bersempena Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) UNESCO yang diadakan pada 8 April 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. 

Penganugerahan  itu sekali gus membuktikan hasil penerbitan UUM adalah berkualiti

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, beliau tidak pernah menjangkakan kemenangan itu dan berbangga apabila buku terbitan UUM Press berjaya merangkul tiga anugerah dalam tiga kategori.

Menurutnya, dengan kemenangan itu juga sekali gus menunjukkan bahawa buku yang dihasilkan itu sangat bermutu tinggi dan boleh menjadi rujukan orang ramai.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM


Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani  menunjukkan Buku Mewah Terbaik berjudul 'Putera Raja Di Bumi Sintok'. 


“Saya yakin UUM Press akan mengeluarkan lebih banyak lagi buku yang berimpak dan berupaya mengubah sejarah Malaysia dalam dunia penerbitan.

“Inilah buku yang dinanti-nantikan pembaca dan ia sesuatu yang baru, malah saya menggalakkan staf UUM agar dapat menulis berdasarkan pengalaman yang diterjemahkan dalam bentuk buku, seterusnya memberi inspirasi dan motivasi,” katanya pada Majlis Penyerahan Piala dan Sijil Anugerah Buku Negara 2020/2021 di Bilik Mesyuarat Canselori, UUM pada 22 April 2021.

Tambah beliau, penulisan yang dihasilkan ahli akademik adalah sebagai perkongsian ilmu dan untuk dijadikan rujukan, bagaimanapun, ia merupakan satu bonus dan menjadi nilai tambah serta penghargaan apabila diumumkan sebagai pemenang bagi mana-mana anugerah.


Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani (tengah), Dr. Mohd. Kasri Saidon (kiri sekali) dan Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad (kanan sekali) berjaya memenangi anugerah  bagi kategori Buku Mewah Terbaik berjudul 'Putera Raja Di Bumi Sintok'.- Gambar Oleh: Muhammad Shamsul Shafie.


Sempena  Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020/2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu UUM berjaya memenangi tiga anugerah bagi kategori Buku Mewah Terbaik berjudul 'Putera Raja Di Bumi Sintok' oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Dr. Mohd. Kasri Saidon dan Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad.

Manakala bagi kategori Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen) berjudul 'Diet Ahli Sufi' dimenangi oleh Dr. Rosnaaini Hamid dan kategori Editor Terbaik bagi karya berjudul ‘Membongkar Serangan Orientalisme’ pula dimenangi oleh Farah Mat Din.


Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen) berjudul 'Diet Ahli Sufi' dimenangi Dr. Rosnaaini Hamid (kanan sekali).


Sementara itu, Dr. Rosnaaini yang ditemui melahirkan kesyukuran dengan kemenangan bagi kategori Buku Umum Terbaik (Bukan Fiksyen) berjudul 'Diet Ahli Sufi' itu.

Katanya, penulisan tersebut memang bidangnya kerana dia merasakan masyarakat boleh mengambil banyak manfaat daripada buku 'Diet Ahli Sufi'.   

Berkongsi pengalaman apabila beliau yang diuji dengan kematian anak tatkala dimaklumkan tentang kemenangan itu, Dr. Rosnaaini berkata: “Kemuncak kebahagiaan dan kemuncak kesedihan apabila bertembung kedua-dua itu, ia sangat membebankan, saya menangis teresak-esak.

“Kini perasaan sedih masih terasa. Saya ibarat patung hidup. Sekalipun dihadiahkan dengan berita gembira hati amat sayu. Namun apakan daya hidup mesti diteruskan sekalipun bertemankan kesedihan  yang amat memilukan," katanya. - KitaReporters


Editor Terbaik bagi karya berjudul ‘Membongkar Serangan Orientalisme’  Farah Mat Din (kanan sekali) bergambar dengan Naib Canselor.

 

1
1
0
0
0
You will be interested