Kampus & Pendidikan 17 Feb, 2022

Pengumuman penting! UiTM tangguh istiadat konvokesyen ke-93, Mac 2022! Peningkatan kes COVID-19!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) memutuskan untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 yang dijadualkan bermula 2 hingga 23 Mac 2022 yang melibatkan 27,287 graduannya.

Istiadat konvokesyen tersebut ditangguhkan ke Jun-Julai 2022 nanti.

Penangguhan itu dibuat selepas mengambil maklum perkembangan terkini mengenai peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," menurut satu kenyataan media hari ini, Khamis, 17 Februari 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konvokesyen



Menurut kenyataan itu, "Istiadat Konvokesyen ke-93 Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil maklum perkembangan terkini mengenai peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

"Sehubungan dengan itu, melalui kenyataan medianya memaklumkan Mesyuarat Eksekutif (MEU) Bil 5/2022 pada 16 Februari 2022, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 yang dijadualkan bermula 2 hingga 23 Mac 2022 yang melibatkan 27,287 graduannya.

"Penangguhan ini melibatkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah

"Istiadat ke-93 ini dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai 2022 nanti.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti."



"Pihak Pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh graduan dan ibu bapa kerana penanggguhan ini mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti.

"Makluman terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang Konvokesyen.iut,.edu.my atau menghubungi Aminah Aman melalui wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114," menurut kenyataan itu lagi. - KitaReporters


17
11
0
11
0
You will be interested