Kolej Universiti 01 Mar, 2022

Sentuhan alumni perlu dipupuk! Agar mereka dapat berbakti, menyumbang semula kepada universiti!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

ALUMNI adalah ‘Duta Universiti’, maka agenda utama setiap universiti adalah untuk memastikan hubungan yang berterusan secara strategik bersama-sama alumni.

Oleh itu Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, amatlah wajar untuk semua Universiti Awam (UA) bersatu hati sebagai sebuah keluarga dan mempunyai roh yang sama dalam menguruskan alumni, serta mempunyai pengoperasian amalan terbaik sebagai tanda aras kepada semua universiti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alumni

Delegasi UA bergambar kenangan dengan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah.


“Alumni saya lihat sebagai sumber dana masa depan universiti di mana kebanyakan alumni mempunyai rasa sayang dan cinta pada universiti dan ingin berbakti dan menyumbang semula kepada universiti dalam pelbagai cara,” ujarnya ketika sesi bersama peserta Bengkel Penyediaan Dokumen Pelan Strategik Majlis Alumni Universiti Awam (MAUA) Malaysia 2022 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor pada 27 Februari 2022 lalu.


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (kiri) bersama delegasi dari UA.

Dalam pertemuan itu beliau yakin semua universiti akan sentiasa memainkan peranan dan peka untuk menarik semula alumni agar mereka dapat memberikan sumbangan kepada universiti sama ada dalam bentuk tunai, in- kind atau perkhidmatan.

Namun dalam meraih sumbangan daripada mereka, janganlah pula melupakan program-program kebajikan terhadap alumni contohnya menubuhkan tabung kebajikan, sesi lawatan, cenderamata, diskaun pengajian, peluang perniagaan dan pelbagai inisiatif lain yang sesuai bagi mengekalkan kesetiaan mereka kepada universiti.  


Pengarah Bengkel Penyediaan Dokumen Pelan Strategik Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia Tahun 2022 Dr Mohammad Puad Bebit (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada NC UUM.

Dalam pertemuan itu beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Majlis Alumni Universiti Awam atas penerbitan Buku Garis Panduan Pengurusan Alumni UA pada tahun 2020 pada peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan harapan buku ini dapat menjadi garis panduan semua UA bagi memastikan pengurusan semua Pusat Alumni UA berada di landasan yang betul dan selari.  

Turut hadir di sesi pertemuan ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UUM Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed; Pengarah Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Merangkap Pengarah Bengkel Penyediaan Dokumen Pelan Strategik Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia Tahun 2022 Dr Mohammad Puad Bebit; Pengarah Pusat Alumni UUM  Prof Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar; pengarah-pengarah dan pegawai dari semua Pusat Alumni UA

Dr Mohammad Puad Bebit.

                                    

 

18
19
0
15
0
You will be interested