Kampus & Pendidikan 09 Jan, 2021

UiTM gerakkan 15,000 sukarelawan turun bantu mangsa banjir! Lancarkan Tabung Bencana Banjir!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

"SEBAIK-BAIK manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (Hadis Riwayat Al-Tabranu). Atas kesedaran hadis ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menggerakkan kira-kira 15,000 sukarelawan untuk membantu mangsa banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UiTM:

https://kitareporters.com/search?search=UiTM


Melalui inisiatif UiTM Prihatin ini, misi pascabanjir itu melibatkan warga dan alumni dari seluruh cawangan universiti tersebut.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, pihaknya bersiap siaga menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk di kawasan yang terjejas.

“Bantuan menerusi inisiatif UiTM Prihatin itu antaranya khidmat pembersihan pascabanjir di institusi dan rumah yang dilanda banjir.

“Kita merasakan bantuan seumpama itu kini amat penting dan memerlukan tenaga kerja yang ramai,” katanya dalam suatu kenyataan.



Nora berkata, Naib Canselor, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Mohd Azraai Kassim memaklumkan inisiatif itu merupakan misi bantuan kemanusiaan yang perlu dilakukan bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Bencana itu satu ujian untuk kita, sekali gus menunjukkan semangat kebersamaan dan kasih sayang terhadap mereka yang terkesan termasuk warga UiTM.

“Jasa mereka yang sudi menjadi sukarelawan akan dikenang dan merupakan satu jihad kemanusiaan,” katanya.

Menurutnya lagi, UiTM telah membentuk jawatankuasa bencana di setiap kampus cawangan dan beroperasi selama 24 jam setiap hari.



Selain daripada data dan maklumat sedia ada, katanya lagi, pihak UiTM sentiasa terbuka dan bersedia menerima sebarang maklumat dan menghulurkan bantuan yang diperlukan. 

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Kokurikulum Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ku Hadzrill Jeeffry Ku Hamzah melalui talian 03-5544 3590 atau kuhadzrill@uitm.edu.my.

Dalam pada itu, katanya, UiTM turut melancarkan Tabung Bencana Banjir dan sumbangan boleh dibuat menerusi Akaun Amanah Bank Islam bernombor 12177010005741. - KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested