Menara Gading 04 Oct, 2021

5,082 pelajar baharu daftar di UUM 5 Okt 2021! 4,817 pelajar tempatan, 252 pelajar antarabangsa!

@samsudin oli mohamed
Mula menjinakkan diri dengan kerjaya dalam bidang Media sejak 1986

Share this


SERAMAI 5,082 pelajar baharu ditawarkan untuk mengikuti 47 program pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Sesi Akademik 2021/2022 yang akan bermula pada Selasa, 5 Oktober 2021 ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (gambar bawah) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Abdullah berkata, kesemua mereka yang akan melaporkan diri ini terdiri daripada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta pelajar antarabangsa.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, seramai 4,817 terdiri dari pelajar tempatan manakala bakinya 252 orang lagi adalah pelajar antarabangsa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


Kesemua mereka ini masing-masing melalui pengambilan UPU (4,535), Lepasan Asasi Pengurusan UUM (220) dan saluran terbuka 62 pelajar.

Manakala pecahan bagi pelajar antarabangsa pula masing-masing pelajar mobiliti (40 orang), peringkat sarjana muda dari 16 buah negara seramai 192 pelajar dan pelajar dual degree (Universitas Padang Indonesia) 20 orang.

Prof Dr Haim Hilman dalam sidang media secara rakaman memaklumkan daripada jumlah pengambilan menerusi UPU itu pelajar wanita seramai 3,357 manakala lelaki 1,178 orang.

“Untuk makluman juga jumlah pelajar antarabangsa ialah 116 dari Indonesia, China (15), Yaman (9), Somalia (4) dan lain-lain pelajar ialah dari Nigeria, Algeria, Thailand dan Arab Saudi,” ujarnya lagi.



Dalam perkembangan yang sama melalui kemasukan pelajar baharu pada sesi ini turut menyaksikan 16 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Orang Asli dari Tapah, Perak dan Kuala Rompin, Pahang.

Tiga program pengajian yang menerima kemasukan terbesar kali ini ialah Sarjana Muda Perakaunan (347), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (311) dan Sarjana Muda Sains Ekonomi 306 pelajar.

Untuk kemasukan kali ini pelajar lama dan baharu akan pulang ke kampus ini secara berperingkat-peringkat seperti yang dimumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk memenuhi syarat lengkap vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin.

Kira-kira 2,600 pelajar lama dan 900 pelajar baharu dijangka memasuki kampus bagi fasa pertama bermula 15 Oktober 2021 ini. - KitaReporters


15
14
0
17
0
You will be interested

Jom sambung belajar! Kampus dah dibuka! UniSZA sedia sambut 2,500 mahasiswa teruskan pengajian!

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini menerima kemasukan semula 2,500 pelajar sedia ada ke kampus itu mulai Jumaat, 15 Oktober 2021.

Langkah berjaga-jaga! 1,400 pelajar UniSZA jalani ujian saringan COVID-19! Uji sampel air liur!

UniSZA ambil langkah berjaga-jaga terhadap semua pelajar yang mendaftar masuk ke universiti itu dengan adakan ujian saringan COVID-19 melalui sampel air liur
Mohammad Ishak in Menara Gading 5 days ago

UPSI potensi jadi pusat rujukan serantau bidang pendidikan! Bitara dalam kepimpinan pendidikan!

Penubuhan UPSI berkait rapat dengan dunia pendidikan, maka Institut Dasar dan Polisi Pendidikan Negara UPSI boleh jadi pusat rujukan serantau dalam pendidikan
Noraini Wahab in Menara Gading 6 days ago

Terbaik! 10 pensyarah UPSI terpilih sertai program jangka pendek! Di Harvard Universiti, AS!

Ke arah memperkasa pendigitalan pendidikan pada peringkat pengajian tinggi, UPSI jalankan kerjasama pengambilan ikhtisas dengan Universiti Harvard di Amerika
Noraini Wahab in Menara Gading 1 week ago

Permintaan tinggi sepanjang masa! Pelajar UPM tanam cili di kampus! Projek MegaChili berbaloi!

Kerana permintaan yang tinggi dan pengeluaran yang rendah terhadap cili, warga UPM cipta kelainan dengan jalankan satu projek dinamakan Projek MegaChili 2021
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 1 week ago