Kampus & Pendidikan 03 Feb, 2023

Buku Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact Of The Internet dilancar! Kerjasama USIM dan IPSOM!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarkan buku “Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact Of The Internet” pada Majlis Amanat Tahun Baru 2023 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks D, Putrajaya baru-baru ini.

Buku ini merupakan kerjasama antara Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) bersama beberapa pensyarah daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah siber


Dr Safiyya Ahmad Sabri, pensyarah FKP yang juga penyunting buku berkata, edisi bahasa Melayu telah pun dilancarkan pada Februari 2022. 

Buku ini merupakan hasil penulisan daripada beberapa penulis dari bidang Jaminan Keselamatan Maklumat, Undang-undang, Komunikasi, dan Ekonomi yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan keselamatan siber.

“Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact Of The Internet” menceritakan isu terkini pendedahan tentang jenayah siber serta kesedaran mengenai bahaya siber kepada masyarakat," katanya.

Ujarnya lagi, antara isu lain yg dibincangkan adalah tentang bahaya penyebaran berita palsu khususnya semasa pandemik Covid-19. Selain itu buku ini berkongsi tips bagaimana untuk tidak terjebak dengan gejala scammers.



Sementara itu, Dr Sofia Hayati Yusuff, seorang lagi penyunting buku ini berkata, buku tersebut memberikan sumbangan yang sangat besar kepada negara kerana gejala jenayah siber sangat berleluasa dan perlu ditangani segera.

“Justeru, bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang diangkat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu ihsan dan hormat, buku ini sangat relevan dengan konsep tersebut. 

"Buku ini menekankan bahawa semua organisasi perlu hormat akan data peribadi pengguna serta tidak boleh dijual dan dikongsikan sesuka hati. Selain itu buku ini secara asasnya menekankan akan kepentingan berbuat baik, mengelakkan scamming,  cyberbullying, pornografi dan sebagainya," ujar Dr Sofia.

Pada majlis tersebut, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof. Dato’ Dr. Ts. Sharifuddin Md Shaarani menyerahkan senashkah buku itu kepada Menteri sebagai simbolik pelancaran. - KitaReporters


10
11
0
17
0
You will be interested