Kampus & Pendidikan 21 Aug, 2022

MSU bina jalinan komuniti Keluarga Malaysia! My City My Community bagi santuni masyarakat setempat!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Management and Science University (MSU) Kolej Sarawak berjaya menganjurkan program Jalinan Komuniti MSU, My City My Community (Bandarku Komunitiku) 2022 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara warga kolej dan komuniti luar kampus sebagai satu keluarga besar pada 6 Ogos 2022 lalu.

Perasmian program beraspirasikan Keluarga Malaysia itu disempurnakan oleh Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid yang turut dihadiri pegawai pengurusan kanan kolej, kakitangan, pelajar serta tetamu jemputan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus MSU

Wakil pelajar MSU Kolej Sarawak menyerahkan kotak bantuan kepada penerima terpilih dari sekitar daerah Kuching dalam program berkenaan.


Pengurus Komunikasi dan Penjenamaan MSU, Ahmad Ibrahim, berkata menerusi MSU My City, program berkenaan memfokuskan kepada lima aktiviti utama, iaitu pelajar bergotong-royong membersihkan sampah sarap yang terdapat di sekitar kawasan Kuching Waterfront sebagai usaha menyokong kempen kesedaran reduce, reuse, recycle atau 3R.

Menurutnya, aktiviti MSU My Race pula membabitkan penyertaan 100 pelajar dari sembilan sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, SMK Tun Abdul Razak, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Bandar Samariang, SMK Sains Kuching Utara, SMK Kota Samarahan, SMK Muara Tuang, SMK Wira Penrissen dan SMK Green Road.

Jelas beliau, tumpuan MSU My Care pula ialah penyampaian sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada 60 keluarga kategori B40 dari 20 kampung di sekitar daerah Kuching.

Katanya, menerusi aktiviti larian amal tiga kilometer MSU My Fit, ia membabitkan penyertaan seluruh warga kolej dan turut disertai ahli dari Persatuan Autisme Malaysia dan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM).


Prof Dr Mohd Shukri Abd Yajid (duduk tengah) merakam kenangan bersama kakitangan, pelajar dan peserta program  Jalinan Komuniti MSU My City My Community 2022 pada 6 Ogos 2022 lalu.


Aktiviti senamrobik dan zumba bersama anggota Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Cawangan Sarawak pula dilangsungkan menerusi MSU My Step Up.

“Program MSU My City My Community 2022 yang mendapat sokongan padu Majlis Bandaraya Kuching Utara (DBKU) adalah juga selari dengan hasrat pihak kolej dalam menyokong inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan memfokuskan kelestarian serta kesejahteraan sejagat serta memberi manfaat kepada kumpulan sasar yang terbabit,” ujarnya.

Ahmad berkata, empat matlamat yang difokuskan ialah SDG 3 Kesihatan dan Kesejahteraan, SDG 4 Pendidikan Berkualiti, SDG 11 Bandar dan Komuniti Yang Lestari dan SDG 17 Kerjasama Demi Matlamat.

"Secara keseluruhannya, usaha berterusan pihak kolej dengan mempelbagaikan aktiviti berteraskan kesukarelawan dan jalinan komuniti yang menggalakkan penyertaan pelajar, diharap dapat memperkasakan kemahiran pelajar dan meningkatkan kebolehpasaran mereka," katanya. - KitaReporters


Peserta program melakukan aktiviti zumba dan senamrobik yang menarik perhatian tetamu.

29
15
0
13
0
You will be interested