Kampus & Pendidikan 22 Jun, 2025

Terima kasih MAINPP! Naikkan elaun, insentif guru tadika Islam Madani Pulau Pinang! Mulai Jun 2025!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Sesi taklimat kenaikan elaun guru dan pembantu guru tadika Islam (Tadis) bersama MAINPP oleh Dr Mohamad Abdul Hamid. 

Prihatin dan peduli terhadap masa depan guru-guru taman didikan kanak-kanak (Tadika) Islam atau Tadis di Pulau Pinang, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menaikkan pelbagai elaun dan insentif bagi membela nasib mereka.

Dengan kenaikan ini, ia dapat membantu terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat apalagi sekiranya mempunyai famili yang ramai.


Dr Mohamad Abdul Hamid

Terkini mulai bulan Jun 2025, kerajaan negeri mengambil tindakan drastik dengan menambahkan lagi elaun guru tadika Islam (Tadis) sebanyak RM400 menjadikan jumlah RM1,400 sebulan.

Manakala pembantu guru Tadis turut mendapat kenaikan sebanyak RM200 menjadikan elaun bulanan yang akan mereka  terima adalah sebanyak RM1,000 sebulan.

Kenaikan ini memanfaatkan 40 orang guru Tadis serta 21 orang pembantu guru yang sedang memberi khidmat kepada 874 orang murid tatkala ini.


Pertemuan dengan guru'guru Tadis oleh Dr Mohamad baru-baru ini. 


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Dr Mohamad Abdul Hamid juga berkata guru Tadis turut ditawarkan 5 tempat setiap semester bagi mengikuti Diploma Pengajian Islam di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) secara percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh MAINPP mulai sesi kemasukan Julai 2025.

"Kenaikan ini merupakan salah satu hasil penjenamaan semula Tadika Islam Mutiara Madani (TIMM) yang diluluskan dalam mesyuarat MAINPP bil.1 (2025) dengan sasaran mewujudkan 30 TIMM dalam tahun 2025.

"MAINPP juga komited untuk perkasakan Tadis di Pulau Pinang dengan meluluskan penjenamaan semula Tadis yang telah wujud sejak 1998 dengan peruntukan sebanyak RM10,736,800 bagi tempoh 5 tahun (2025 - 2029).

"Ini merupakan salah satu daripada Pelan Pembangunan Pendidikan, Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI) Pulau Pinang 2030," ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua MAINPP dalam pertemuan dengan guru-guru Tadis baru-baru ini. - KitaReporters


Dr Mohamad bersama para guru Tadis selepas pengumuman kenaikan elaun bulanan mulai Jun 2025. 

10
6
0
10
0
You will be interested