Kampus & Pendidikan 23 Jan, 2026

Kuasa 3! Tiga pasangan adik beradik kembar pelajar baharu di PUO! Sebahagian daripada 321 pelajar!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Tiga adik beradik kembar menjadi antara 321 pelajar baharu yang  mendaftar bagi mengikuti pengajian pada peringkat Diploma di Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh untuk Sesi Akademik 2025/2026 pada 4 Januari 2026 lalu.

Daripada jumlah itu 185 adalah pelajar lelaki dan 136 pelajar perempuan.


Sebahagian daripada 321 pelajar baharu mendengar taklimat selepas mendaftar di PUO di Ipoh.

Tiga adik-beradik kembar tersebut ialah Muhammad Amir Hakim Suhaimi dan Muhammad Amirul Hakim Suhaimi mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan atau DPU). Kedua-duanya berasal dari Batu Pahat, Johor.

Kembar Kuah Yong Lin pula mengikuti pengajian Diploma Perakaunan (DAC) dan Kuah Yong Fei bagi Diploma Kewangan (DFI) yang berasal dari Bercham, Ipoh.

Manakala Amir Iman Amirul Azam dan Amir Aiman Amirul Azam mengikut pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DPU) dan Diploma Pengurusan Peruncitan (DPM). Kedua-duanya berasal dari Setapak, Kuala Lumpur.


Tiga pasangan kembar adik beradik bergambar selepas mendaftar sebagai pelajar baharu di PUO di Ipoh.


Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh berkata, pendaftaran pelajar baharu ini adalah satu amanah besar buat institusi ini.

Justeru itu katanya, PUO komited melahirkan tenaga mahir selari dengan kehendak industri.

“Seiring aspirasi TVET Negara dan Malaysia Madani, PUO menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, inklusif dan menyokong pembangunan sahsiah pelajar secara holistik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik PUO, Norman Zamri dan ketua-ketua jabatan hadir menyambut pelajar baharu berharap pelajar mengunakan peluang ini untuk membina masa depan melalui pendidikan TVET yang berkualiti dan berimpak tinggi. - KitaReporters

17
6
0
6
0
You will be interested