Dapur Siswa Madani dan Madani ResQ Pek yang diinisiatifkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1 Januari 2026 adalah bagi memastikan kebajikan pelajar terutamanya daripada keluarga B40 terus terpelihara.

Inisiatif ini bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjamin khususnya keperluan makanan.
Melalui Pusat Zakat dan Wakaf UUM peruntukkan sejumlah RM70,000 bagi pembelian dua mesin retort iaitu teknologi pembungkusan makanan yang mampu mengekalkan ketahanan makanan sehingga dua tahun turut diperolehi.

Lebih menarik melalui program Dapur Siswa Madani dan Madani ResQ Pek, tukang masak adalah daripada komuniti kampung berhampiran UUM.
Manakala para pelajar dilatih sebagai sukarelawan dalam proses pembungkusan makanan.
Pelaksanaan Dapur Siswa Madani kali ini selain memastikan golongan B40 'tak lapaq dah' (tidak lapar lagi) ia juga dapat mengukuhkan semangat kebersamaan dengan komuniti setempat. - KitaReporters
