Menara Gading 02 Jul, 2022

Video| Tahniah! Ts Dr Sharifudin dilantik jadi Naib Canselor baharu USIM! Ganti Dr. Mohamed Ridza!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pelantikan Naib Canselor yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025.

Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, 51 tahun, menggantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang telah tamat lantikan pada 9 Mei 2022 lalu. 

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995)Ijazah Sarjana Sains dari University of Reading (1997), beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari University of Cambridge pada tahun 2007 dalam bidang Teknologi Makanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita Menara Gading


Aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal-jurnal berimpak tinggi, beliau turut aktif dalam aktiviti konsultansi dalam bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek-projek industri halal pada peringkat antarabangsa

Antara projek konsultansi beliau termasuklah Pensijilan Halal produk daging dari China untuk Syarikat DJR Sdn. Bhd.; Pensijilan Halal black fungus dan black garlic UMS-Heilongjiang Academy of Sciences, China; Training for Halal Analysis, Machida, Jepun; serta menjadi Ketua Auditor Halal bagi Training Halal auditors for Halal audits yang diterajui oleh Kerajaan Kuwait.

Seorang cendekiawan yang berpengalaman luas dalam pentadbiran dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di USIM, kepakaran beliau amat dihargai dan untuk itu beliau telah dilantik bagi memegang pelbagai peranan penting dalam bidang pentadbiran dan akademik. 

Antaranya , sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub (November 2021 hingga Oktober 2024), Tenaga Pengajar Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula Januari 2022 sehingga Disember 2023, Auditor Halal MUIS (Januari 2021-Disember 2023), Ahli Panel Penilai Kualiti Akademik Universiti Malaysia Sabah (2019-2021), Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (2017-2020) serta Panel Penilai Konsortium Institut Halal Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia (2018-2019).



Beliau juga merupakan Exclusive trainer untuk program latihan Halal Industry Development Corporation (HDC) di samping memegang keahlian profesional seperti Ahli Profesional Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), Teknologis Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ahli Malaysian Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan pelbagai afiliasi lain.

USIM meraikan pelantikan beliau oleh Menteri Pengajian Tinggi kerana dengan kepakaran serta pengalaman yang dimiliki diharapkan dapat memacu universiti terus terkehadapan sebagai sebuah entiti dan Universiti Awam yang menerajui pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli sebagai tunjang kebitaraannya. - KitaReporters/USIM


12
11
0
14
1
You will be interested

Minat sambung belajar? USIM buka peluang kemasukan! Untuk pelajar golongan B40! Tutup 10 Sept 2022!

USIM buka laluan untuk kemasukan khas ke USIM melalui Mod B40 untuk para pelajar lepasan STPM/setaraf untuk sambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di USIM

Berita baik! IKTBN Alor Gajah tawar peluang kemahiran! Makan, minum, pengajian dan elaun dibiayai!

Belia-belia Melaka khususnya lepasan SPM atau sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima dipelawa untuk rebut peluang pengajian secara percuma di IKTBN Alor Gajah
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 6 days ago

Video| Faedah takaful! Anak pegawai tadbir UUM terima RM82k! Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas!

Nur Fathiah Atiqah Affendy anak Pegawai Tadbir Jabatan Pendaftar UUM, Allahyarham Affendy Muhammad terima replika cek RM82k Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas
Corp Comm UUM in Menara Gading 1 week ago

Video| Usaha lonjakkan lagi pencapaian! Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM dibincang, diteliti!

Seramai 160 peserta sertai Bengkel Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM 2022 yang dirasmikan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di EDC-UUM, Sintok
Corp Comm UUM in Menara Gading 1 week ago

Tahniah MMU! Karya filem pendek pelajar akan ditayang di luar negara! Pameran filem antarabangsa!

Wisma Putra menerusi bahagian kebudayaan bercadang ingin ketengahkan filem-filem pendek hasil karya pelajar MMU di pameran-pameran filem antarabangsa - Menteri
Corp Comm MMU in Menara Gading 1 week ago