Menara Gading 08 Apr, 2021

Terima kasih MMU! Bantu naik taraf pusat sumber tiga sekolah menengah! Agar seiring era digital

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this


Pembelajaran para pelajar di tiga buah sekolah menengah dalam situasi norma baharu kini menjadi lebih efektif apabila pusat sumber sekolah mereka dinaik taraf dengan ciri-ciri terkini yang seiring dengan era digital.

Usaha menaik taraf pusat sumber itu dilaksanakan berikutan sekolah-sekolah terbabit memeterai perjanjian persefahaman dengan Universiti Multimedia (MMU) di Bukit Beruang, Melaka.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum Merlimau, Melaka; dan SM Sains Muzaffar Syah, Melaka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MMU


Dr. Mazliham Mohd. Su’ud (kanan) dan Hassan Yahya (tengah) bertukar-tukar dokumen perjanjian MoU mengenai program menaik taraf pusat sumber sekolah di MMU Melaka, baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pustakawan MMU, Kamal Sujak (kiri).


Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, MMU berasa terpanggil untuk berkongsi kepakaran bagi memperkasakan pusat-pusat sumber supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan bahan pelajaran dengan lebih baik

“Melalui kerjasama ini, kita boleh menambah bahan-bahan dalam pusat sumber sekolah seperti kandungan digital yang boleh diakses oleh para pelajar pada bila-bila masa secara dalam talian. 

Bahan-bahan yang dimiliki oleh sekolah juga boleh dinaik taraf ke dalam bentuk digital untuk rujukan pelajar atau digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran,” katanya pada majlis Menandatangani MoU pada 29 Mac 2021.

Selain itu, perjanjian berkenaan membolehkan MMU melaksanakan beberapa inisiatif seperti membangunkan pangkalan data dalaman (in-house repository), menyediakan bahan ilmiah tambahan dan menaik taraf sistem perpustakaan bersepadu menggunakan perisian sumber terbuka.

MMU juga akan menaik taraf blog pusat sumber sekolah, melatih kemahiran pengurusan perpustakaan, mewujudkan sudut maklumat dan perkongsian pintar berkaitan kerjaya masa hadapan yang dikenali sebagai eBee Pod dan memberi khidmat sokongan jika diperlukan


Che Romas Noor  


Sementara itu, Pengetua SM Sains Muzaffar Syah, Che Romas Noor berkata, pihaknya berterima kasih kepada MMU kerana melaksanakan program itu yang memberi manfaat kepada 700 pelajar sekolah berkenaan. 

“Langkah MMU menyediakan bahan ilmiah tambahan iaitu bahan bercetak dan bahan dalam talian sangat bertepatan dan dijangka mampu meningkatkan lagi penarafan bintang pusat sumber dalam sistem Smart School Qualification Standard (SSQS).” 

“Cadangan MMU membangunkan blog bagi pusat sumber sekolah, memberi latihan dan perundingan dalam kemahiran pengurusan perpustakaan, akan menjadikan pengawas pusat sumber lebih kreatif dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara,” tambahnya. 


Razali Sudin


Pengetua SM Sains Muar, Razali Sudin pula berkata, kepakaran yang dikongsi MMU membolehkan pengurusan pusat sumber dijalankan dengan lebih berkesan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan sokongan, pencarian maklumat, pengurusan pangkalan data dalaman dan menyimpan koleksi bahan ilmiah sekolah untuk diakses oleh para murid dan guru. 

“Kerjasama antara MMU dan sekolah ini adalah sejajar dengan apa yang terkandung dalam anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 yang menggalakkan pihak luar sama-sama bekerjasama dalam pembangunan sekolah,” jelasnya.


Hassan Yahya


Pengetua SMK Dang Anum Merlimau, Hassan Yahya memberitahu, MoU yang bersejarah itu akan melestarikan sebuah pusat sumber yang berkualiti dan terkini serta sejajar dengan norma baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

“Sejajar dengan hasrat menyasarkan pusat sumber sekolah ke arah pusat sumber abad ke-21 yang lebih ceria, kreatif, interaktif dan berteknologi, warga sekolah telah bersetuju untuk penjenamaan semula pusat sumber di sekolah kami sebagai ‘Pusat Sumber MMU’ sebagai simbolik kepada usaha sama kita,” katanya. - KitaReporters


You will be interested

Sultan Kedah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UUM! Lantik dua Pro-Canselor baharu

Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tengku (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff telah dimasyhurkan oleh Sultan Kedah seagai Pro-Canselor UUM yang baharu

Derma darah selamatkan nyawa! 58 pelajar Inasis Proton Tradewinds UUM sertai kempen derma darah

58 pelajar Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewinds UUM sertai kempen derma darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 week ago

Kunjungan hormat UUM ke LHDN! Tingkatkan kebolehpasaran, siap industri siswazah UUM untuk LHDN

Pertemuan antara Dr Hendrik Lamsali dengan Dr Sabin Samitah bagi jalin kerjasama dalam tingkatkan kebolehpasaran siswazah UUM untuk diterima bekerja dengan LHDN
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

Pemimpin pelajar UUM akur titah Agong bendung COVID-19! Ikrar bantu program imunisasi negara!

Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (MPJ) UUM menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dan usaha kerajaan sediakan vaksin COVID-19
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

Video| Karnival 3K UUM: Program pembangunan mahasiswa! Dalam kebudayaan, kesenian, keusahawanan

Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan (3K) UUM pada saban tahun berupaya tingkatkan kemahiran dan hala tuju kepemimpinan pemimpin mahasiswa masa kini
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago