Kampus & Pendidikan 29 Sep, 2021

Nak jadi pakar kopi? Kini dah ada universiti tawar kursus peringkat sarjana dalam bidang kopi!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this


PELBAGAI kursus ditawarkan pada peringkat sarjana atau masters di institusi pengajian tinggi. Ekonomi, pentabdiran perniagaan, komunikasi, senireka, perubatan dan macam-macam lagi kursus boleh diambil untuk memperoleh ijazah sarjana. 

Tetapi kursus sarjana khusus dalam bidang kopi belum pernah ditawarkan di mana-mana sebelum ini. 

Namun inilah kursus yang akan diperkenalkan di Universiti Florence, Itali mulai sesi pengajian Januari tahun depan (2022). Inilah kali pertama di Itali dan di dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kopi

POKOK kopi lebat berbuah. - Kredit foto: MyAgri.com,my


Memetik laporan Insider, kursus ini akan menumpukan kepada semua aspek mengenai kopi, dari penanaman di ladang, pengutipan hasil, pengilangan dan seterusnya sehingga cara menyediakan minuman kopi yang enak dan segar.

Menurut Ketua Jabatan Pertanian, Makanan, Alam Sekitar dan Perhutanan Universiti Florence, Francesco Garbati Begna, kursus tersebut akan mengambil masa sembilan bulan.

Sehingga ini seramai 24 pelajar telah pun mendaftar sebagai kumpulan perintis. Mereka akan didedahkan kepada pelbagai sudut teori dan praktikal mengenai kopi.

Selain itu, mereka juga akan dibimbing untuk memahami selok belok perniagaan berteras kopi yang boleh mereka ceburi. Ini termasuk perladangan kopi, perdagangan kopi, import eksport kopi atau membuka cafĂ© yang menyajikan minuman kopi.

Bagi membolehkan pelajar memahami dengan mendalam mengenai kopi, pelajaran berhubung pembuatan minuman berasaskan kopi juga disampaikan dalam kuliah. Ini termasuk sejarah, teknologi dan ekonomi kopi.

Untuk melengkapkan lagi apa yang mereka pelajari, mereka akan didedahkan dengan realiti sebenar dalam industri kopi.

Sehubungan itu, pelajar akan dihantar menjalani laatihan amali di syarikat-syarikat ternama yang terlibat dalam industri berkenaan.


UNIVERSITI Florence di Itali yang bakal memulakan kursus Sarjana Kopi mulai sesi pengajian Januari 2020. - Kredit  foto: MBBSDIRECT.


Memandangkan kursus perintis yang akan dimulakan pada Januari 2022 secara dasarnya menyasarkan rakyat Itali sendiri, kursus yang ditawarkan akan menggunakan bahasa Itali sebagai bahasa pengantar.

Bagaimanapun jika ia terbukti mendapat sambutan baik, terutama daripada pelajar-pelajar dari luar Itali, pihak Universiti Florence bersedia menawarkan kursus berkenaan dalam bahasa Inggeris.

Kopi adalah antara minuman kegemaran dunia, dan di Malaysia sendiri. Manalah tahu suatu hari nanti akan ada pelajar dari negara ini yang berminat mengikuti kursus sarjan kopi di Universiti Florence itu. - KitaReporters


11
16
0
8
0
You will be interested