Kampus & Pendidikan 06 Dec, 2021

Video| Terbaiklah Dr You Yee Xing! Patutlah orang tua-tua dulu ingatan kuat! Makan ulam raja!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Jika berada di kampung kita pasti akan menjamah ulam-ulaman yang dipetik oleh nenek dan atuk kita untuk dimakan bersama nasi dan sambal belacan. 

Makan masakan kampung akan membuatkan selera kita bertambah dan bakal tambah nasi. Tak gitu?

Ulam yang cukup sinonim dengan kita pastilah ulam raja. Namun baru-baru ini seorang penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr You Yee Xing telah berjaya mencipta suplemen diperbuat daripada ulam raja yang dipercayai boleh membantu dalam rawatan penyakit nyanyuk.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ulam-ulaman



Beliau telah berjaya mencipta suplemen ulam raja yang kaya dengan kandungan polifenol dan antioksidan dapat membantu dalam pencegahan penyakit nyanyuk dalam kalangan warga emas

Suplemen ini berpotensi bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurunkan aras peroksida lipid, meningkatkan aras serum glutation dan mengaktifkan otak.

Hasil kajian beliau mendapati suplemen ini meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi dalam kalangan warga emas. 

Kajian ini juga memberi impak positif kepada kesihatan masyarakat dan ekonomi negara yang membawa kepada perkembangan positif industri asas tani dan pertanian berkaitan dengan ulam raja.


DR YOU YEE XING


Posting (hantaran) mengenai suplemen Ulam Raja ini telah dibuat dalam Facebook UKMOfficial, Dr You Yee Xing, dari Fakulti Sains Kesihatan

Beliau juga penerima Anugerah Emas Kedoktoran pada Majlis Konvokesyen UKM ke-49 Sidang Cancelor pada 27 November 2021.

Patutlah, atuk dan nenek kita ingatan dia sangat kuat sebab amalkan ulam raja. Mari kita amalkan makan ulam raja dari sekarang. - KitaReporters


6
14
0
10
0
You will be interested