Kampus & Pendidikan 24 Jul, 2023

Tahniah Angkasa! Dr Fattah terima PhD! 9 pegawai koperasi dapat MBA! Majlis Konvokesyen Ke-35 UUM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berbual dengan Abdul Fattah Abdullah.


Oleh Mohd Idzdihar bin Noorizahir

Foto: Mohamad Zairul Hafiz b. Sardin


Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Pembangunan bersempena Majlis Konvokesyen ke-35 Universiti Utara Malaysia (UUM) pada hari ini (24 Julai 2023).

Majlis penganugerahan itu disempurnakan oleh Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah selaku Pro-Canselor UUM yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.




Abdul Fattah ketika ditemui selepas majlis graduasi berkenaan melahirkan rasa bersyukur dengan penganugerahan ijazah tersebut selepas komited menjalani tiga (3) tahun pengajian.

"Saya menghargai sokongan keluarga serta warga Angkasa dan pengiktirafan serta kelulusan yang diterima ini bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi dikembalikan kepada orang ramai khususnya terhadap pembangunan gerakan koperasi,"ujarnya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lipis, Pahang.

Beliau menyudahkan PhD selama tiga tahun yang diselia oleh Prof Madya Dr Hamidi Ismail dan Prof Madya Dr Zaheruddin Othman.


Penerima Ijazah bergambar kenangan dengan Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin


Dr Abdul Fattah raikan majlis ini bersama ahli keluarga.


Majlis Konvokesyen ke-35 UUM tahun ini turut menyaksikan seramai sembilan (9) orang warga kerja Aangkasa menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), iaitu pelajar tajaan Angkasa yang memulakan pengajian selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2020.

Sebagai rekod, program tersebut merupakan tajaan ketiga yang dibiayai sepenuhnya oleh Angkasa melibatkan seramai 47 pegawai dengan kos bernilai RM846,000 sejak 2014 hingga 2021. - KitaReporters


Dr. Abdul Fattah Abdullah (depan, tengah) bersama sembilan pegawai Angkasa.

Hari bersejarah bagi Angkasa dan Dewan Mu'adzam Shah UUM menjadi kenangan.

7
8
0
15
0
You will be interested