Kampus & Pendidikan 02 May, 2024

Terbaiklah UMT! Rai anak yatim dan asnaf sempena sambutan Aidilfitri! Turut bagi duit raya, baucar!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sebahagian anak yatim dan asnaf yang hadir pada majlis sambutan Aidilfitri UMT. - Kredit foto: Media Kreatif UMT


SAMBUTAN Aidilfitri 2024 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dimeriahkan dengan kehadiran anak yatim dan golongan asnaf yang diundang khas oleh penganjur bagi menjayakan program tersebut bersama warga UMT. 

Majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan pada 25 April 2024, juga mengumpul sebahagian besar warga UMT termasuk pengurusan tertinggi, pensyarah, mantan-mantan pengurusan dan tetamu luar.



Bahagian Komunikasi Koporat UMT, selaku penganjur memberi penghormatan kepada mantan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan di universiti itu untuk menyampaikan ucapan dan perasmian program.

Seramai 70 anak yatim dan asnaf yang tinggal di persekitaran universiti diundang bagi menghadiri sambutan berkenaan untuk berkongsi kemeriahan bersama warga UMT pada majlis hari raya bertemakan pakaian tradisional.

Wajah ceria dan kegembiraan jelas ternampak pada muka anak yatim dan asnaf yang hadir pada sambutan tersebut apabila mereka berpakaian hari raya dan diraikan sebagai tetamu kehormat bersama pengurusan tertinggi universiti. 



Pada majlis itu, pihak penganjur turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua anak yatim dan asnaf yang hadir. 

Tidak ketinggalan, petugas  media yang diundang turut mendapat hadiah daripada majlis itu apabila mereka diberikan baucar khas untuk membeli belah di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu sebagai tanda penghargaan kepada petugas petugas media yang sentiasa membantu aktiviti dan program UMT.



Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi  Koporat UMT, sempena sambutan itu pelbagai acara sampingan diadakan termasuk pertandingan foto riang ria raya, pertandingan gerai terbaik dan pakaian tradisional terbaik.

Sambutan berkonsepkan tradisional itu ternyata menarik perhatian pengunjung kerana menampakkan kelainan suasana dalam dewan besar universiti itu. 

UMT yang sentiasa mendampingi komuniti setempat akan meneruskan sambutan tersebut pada masa akan datang bagi berkongsi kegembiraan menyambut hari raya.  - KitaReporters



10
12
1
16
0
You will be interested