Kampus & Pendidikan 29 Dec, 2023

Kerjasama strategik Kopetro dan UIS! Pembangunan akademik, P&P, latihan industri, peluang pekerjaan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro), memeterai kerjasama strategik bersama Universiti Islam Selangor (UIS), dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. 

Perjanjian tersebut membawa pelbagai bentuk kerjasama yang akan memberi impak besar kepada kedua-dua entiti.

UIS merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) Islam yang ditubuhkan pada 15 Februari 1995, di mana universiti tersebut giat melebarkan jaringan dan rangkaian MoU dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan inovasi. 



Menurut Pengerusi Kopetro, Roslan Abdul Rahim, perjanjian ini merangkumi aktiviti berasaskan ilmu pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta penerimaan pelajar siswazah dan pascasiswazah dari UIS untuk tujuan latihan industri dan penyelidikan. 

“Kopetro dan UIS akan bekerjasama dalam menyediakan pendidikan yang lebih relevan dengan keperluan industri dengan bertukar pengalaman, pengetahuan dan kemahiran sumber manusia, selain kerjasama dalam bidang perniagaan melalui anak-anak syarikat kami,” ujar Roslan.

Perjanjian strategik dan bersepadu itu bakal membuka ruang untuk menggabungkan teknologi dan fasiliti UIS dalam pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan bagi kegunaan kumpulan sasaran. 

Selain itu, kerjasama ini juga membuka peluang untuk graduan universiti tersebut mendapat peluang pekerjaan di Kopetro. 



Dalam pada itu, Naib Canselor UIS, Dato’ Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah berkata Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (PJKI) UIS mengambil langkah proaktif meningkatkan kolaborasi dengan pihak industri antaranya untuk membina hubungan baik dua hala, menyediakan peluang-peluang pekerjaan buat para pelajar dan platform kepada peluang-peluang penyelidikan. 

“Antara objektif utama PJKI adalah memastikan, setiap pelajar yang bergraduat dari UIS telah dilatih kesiapsiagaan mereka untuk diambil bekerja oleh mana-mana agensi atau industri yang berkaitan,” kata beliau dalam ucapannya. 

Roslan sebagai Pengerusi menandatangani MoU itu bagi pihak Kopetro, manakala pihak UIS diwakili Dr. Mohd Farid Ravi, selaku Naib Canselor/Ketua Eksekutif UIS. 

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah dan Profesor Madya Dr. Mokmin Basri, yang mengetuai bahagian PJKI sebagai Timbalan Naib Canselor UIS. 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, Kopetro dianggotai lebih 15,000 kakitangan Petronas dan anak-anak syarikatnya, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


19
10
0
12
0
You will be interested