Kampus & Pendidikan 03 Aug, 2022

Kehadiran pasangan kembar dan pelajar Orang Asli tarik perhatian! Pendaftaran pelajar baharu UMT!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Sukarelawan UMT membantu membawa beg pelajar menuju ke asrama


PASANGAN kembar berlainan jantina dan kemunculan seorang pelajar Orang Asli menarik perhatian ramai pelajar dan warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ketika sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu universiti tersebut.

Pasangan kembar berkenaan, Fatin Atiqah Izzati Muhamad Safiih dan adiknya Muhammad Izzuddin Muhamad Safiih yang berasal dari Terengganu bersyukur kerana terpilih melanjutkan pelajaran bersama di UMT dan tidak perlu berpisah.

Meminati bidang sains semenjak dibangku sekolah rendah telah membawa pasaangan kembar berkenaan untuk menerokai bidang  Sains, Teknologi , Engeneering dan Matematik di UMT


Lagi 

Pasangan kembar Muhammad Izzuddin dan Fatin Atiqah Izzati


Turut sama muncul pada sesi pendaftaran tersebut ialah seorang pelajar Orang Asli, Muhammad Yassin Amaluddin Nadim yang berasal dari Johor yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di UMT dan ini merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke negeri ini.

Menurutnya, dia dan ayahnya bertolak dari Johor dengan menaiki bas ekspres dan tiba di Kuala Terengganu pada 1 Ogos 2022 lalu.

Walaupun pihak universiti menyediakan pengangkutan dari perhentian bas Kuala Terengganu ke kampus, dia dan ayahnya lebih selesa menggunakan kenderaan e-hailing untuk merasai pengalaman menaiki Jambatan Angkat serta menikmati panorama Kuala Terengganu.  

“Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki di  Negeri Terengganu,” katanya. 


Muhammad Yassin 


Kesemua pelajar akan menjalani Minggu Jalinan Mesra (MJM) selama dua hari bermula 1 Ogos hingga 3 Ogos 2022.

Pada sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu, UMT menerima 379 pelajar sempena sesi pendaftaran kemasukan pelajar Diploma Perikanan dan Asasi STEM secara fizikal yang berlangsung pada 1 Ogos 2022.

Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Profesor Madya Dr. Laili Che Rose berkata, pendaftaran secara pandu lalu di Dewan Sultan Mizan UMT dan pekarangan Kolej Kediaman berjalan lancar dengan bantuan para petugas dan sukarelawan pelajar.

Katanya, pelajar hanya perlu mendaftar secara fizikal serta mengambil kunci bilik secara pandu lalu dan selesai tidak sampai dua minit bagi setiap pelajar.


Muhammad Yassin membawa beg menuju ke asrama UMT


“Asasi STEM merupakan program khusus bagi tujuan melahirkan lebih ramai pelapis saintis negara yang mana STEM itu sendiri bermaksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik,” katanya.

Menurutnya, pihak UMT menambah baik modul pengajaran supaya selaras dengan pengiktirafan antarabangsa, sekali gus memudahkan pelajar Asasi UMT menyambung pengajian sama ada dalam atau luar negara.


Dr Laili memperkatakan sesuatu kepada sekumpulan pelajar baharu yang diterima masuk di UMT


Menurut beliau lagi, lebih banyak kepakaran dalam bidang STEM diperlukan untuk pembangunan sesebuah negara.

“Perkembangan teknologi dan digitalisasi dalam semua aspek kehidupan pada masa kini memerlukan negara mempersiap generasi pelapis yang berupaya menguasai bidang-bidang tersebut,” katanya.

Namun, katanya, lulusan STEM masih kurang atau semakin berkurangan. Pihak industri juga kekurangan pekerja yang berkemahiran STEM.

“Oleh itu, UMT menyahut cabaran untuk memperkasa STEM ini melalui pelbagai aktiviti berasaskan sains dan teknologi pada pelbagai peringkat termasuk sekolah rendah”. katanya.


Dr Mazlan Abd Ghaffar


Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mendaftar serta menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMT yang sedang mara ke puncak kegemilangan sebagai sebuah universiti terunggul dalam bidang marin dan sumber akuatik negara. 

Untuk rekod, seramai 286 pelajar Asasi STEM dan 93 pelajar Diploma Perikanan telah mendaftar masuk pada sesi berkenaan. - KitaReporters


Petugas keselamatan turut membantu menunjukkan pandu arah ke kaunter pendaftaran pelajar baharu

 

13
13
1
11
0
You will be interested