Kampus & Pendidikan 23 Aug, 2022

Mana belia-belia? Jom sertai Simposium Pemikir Muda di UUM, 29 Ogos 2022! Bincang ekonomi belia!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Simposium Pemikir Muda pada 29 Ogos 2022.


INSTITUT Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Simposium Pemikir Muda pada 29 Ogos 2022 di Dewan Angsana, Hotel EDC-UUM.

Simposium ini dianjurkan dengan tajuk Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara. Penyertaan adalah terhad.

Sehubungan itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, mengalu-alukan semua pemikir muda terdiri dalam kalangan mahasiswa dan belia dari jabatan dan agensi di bawah KBS untuk turut serta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UUM

Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah mengalu-alukan peserta simposium.


Katanya, penyertaan mereka ini pasti dapat mewujudkan ruang perkongsian idea dan medan bagi perbincangan intelektual meliputi keusahawanan serta peluang pekerjaan mereka mengikut bidang yang diceburi. 

UUM sentiasa membuka ruang dan peluang kepada semua masyarakat terutama golongan belia menggunakan universiti ini sebagai medan untuk menganjur, berkumpul dan melaksanakan aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan sempena simposium yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Dato’ Ti Lian Ker.



Dalam pada itu, pihak IYRES telah mengatur dan menyusun penyertaan peserta simposium yang akan berlangsung secara fizikal dan dalam talian ini. 

Antara pengisian yang akan diadakan ialah ucap utama oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan bertajuk “Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara”; perkongsian oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri; dan diikuti dengan aktiviti perbincangan mengikut sesi, permainan kuiz dan diakhiri dengan persiapan resolusi simposium.

Program ini turut mengundang Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Vellapandian Ponnusamy dan Pengarah Economy and Financial Policy Institute (ECoFI) UUM, Prof Madya Dr Roslina Kamaruddin untuk membentangkan Kerangka Resolusi Simposium Pemikir Muda ini nanti.

Manakala Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Jana Santhiran Muniayan akan melakukan majlis penutup.

Sementara itu, belia-belia yang berminat untuk menyertai simposium ini boleh menghubungi 01124159609 (Dr. Juhaida Abu Bakar) untuk keterangan lanjut. - KitaReporters


Pengerusi Simposium Pemikir Muda 2022 IYRES UUM Prof Madya Dr Shazida Jan Mohd Khan (kanan) bersama urusetia membuat persiapan rapi untuk program itu.


12
10
0
14
0
You will be interested