Kampus & Pendidikan 21 Oct, 2022

Semoga berjaya! Dua beradik nekad teruskan kecemerlangan di UMT! Ditawar tempat bidang mereka minati!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Seorang bapa membantu anaknya membawa barang keperluan ketika pendaftaran masuk di UMT.


IMPIAN dua beradik dari Padang Serai, Kedah untuk menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjadi kenyataan apabila masing-masing ditawarkan tempat di universiti tersebut dalam bidang yang mereka minat.

Dua beradik tersebut, Nur Arifah Mohd Hanafiah dan adiknya Fakhri Adam Mohd Hanafiah juga merupakan alumni Asasi STEM, UMT sesi 2021/2022.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelajar-pelajar cemerlang

Dua beradik Nur Arifah dan Fakhri Adam bersama kedua-dua ibu bapa mereka


Nur Arifah akan melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) manakala adiknya dalam bidang  Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis Dan Persekitaran).

Nur Arifah sebelum ini merupakan pelajar cemerlang Diploma Teknologi Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) merupakan penerima Anugerah Dekan bagi enam semester berturut-turut dengan purata PNGK 3.80.

 “Insya-Allah saya bertekad untuk meneruskan kecemerlangan di UMT memandangkan UMT antara universiti yang terbaik di Malaysia selain mempunyai fasiliti lengkap dan menyediakan kemudahan yang baik serta mempunyai pensyarah yang hebat pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.” katanya.


Dr Mazlan Abd Ghaffar


Mereka berdua merupakan 2,157 pelajar baharu bagi program Sarjana Muda Sesi 2022/2023. 

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk  Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata sebanyak  84.75 peratus pendaftaran berbanding tawaran yang dikeluarkan iaitu sebanyak 2,545 tawaran.

Tambahnya lagi pendaftaran pelajar sebelum ini telah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dan pelajar hanya perlu mengesahkan pendaftaran dan mengambil kunci bilik asrama serta peralatan lain di Dewan Sultan Mizan, UMT sebelum ke Kolej Kediaman.

“Proses kemasukan secara bersemuka tersebut berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengelak sebarang jangkitan COVID-19,” ujarnya.


Dr Mazlan menyerahkan kit barangan keperluan kepada seorang pelajar


Sementara itu, Profesor  Dr. Mazlan sempat beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan ibu bapa di Dewan Sultan Mizan (DSM) serta turut meninjau suasana kemasukan di Kolej Kediaman. - KitaReporters


Pelajar baharu membawa barangan keperluan menuju ke asrama kediaman.

12
18
1
10
0
You will be interested